“Tembak, pengecut, anda hanya akan membunuh seorang
lelaki”. Ini adalah ucapan terakhir Che Guevara sebelum beliau dibunuh pada 9
Oktober 1967 di Bolivia, ketika umur Che hanya 39 tahun.
Hampir lima puluh tahun selepas kematiannya, bendera, sepanduk, potret dan slogan dengan gambar Che masih dipergunakan secara meluas termasuk dalam demonstrasi dan protes. Walaupun bagi kebanyakan orang ia adalah satu tarikan fesyen sahaja, tidak kurang juga yang mempergunakannya sebagai instrumen untuk meluahkan bantahan atau menyatakan suatu deklarasi politik. Bagi mereka, Che Guevara adalah simbol perjuangan dan internasionalisme, dan juga simbol untuk membentuk dunia dan masyarakat yang lebih baik yang berlandaskan kepada idea-idea sosialisme. Hari ini di kebanyakan negara, ahli-ahli politik dan institusi kerajaan dianggap korup, tidak mewakili rakyat, tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Manakala Che Guevara dilihat oleh anak-anak muda sebagai pejuang dan revolusioner yang berprinsip.
Hampir lima puluh tahun selepas kematiannya, bendera, sepanduk, potret dan slogan dengan gambar Che masih dipergunakan secara meluas termasuk dalam demonstrasi dan protes. Walaupun bagi kebanyakan orang ia adalah satu tarikan fesyen sahaja, tidak kurang juga yang mempergunakannya sebagai instrumen untuk meluahkan bantahan atau menyatakan suatu deklarasi politik. Bagi mereka, Che Guevara adalah simbol perjuangan dan internasionalisme, dan juga simbol untuk membentuk dunia dan masyarakat yang lebih baik yang berlandaskan kepada idea-idea sosialisme. Hari ini di kebanyakan negara, ahli-ahli politik dan institusi kerajaan dianggap korup, tidak mewakili rakyat, tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Manakala Che Guevara dilihat oleh anak-anak muda sebagai pejuang dan revolusioner yang berprinsip.
Selain mengupas pengalaman dan perjuangan Che menentang
penindasan, kita juga harus mengambil pengajaran daripada pengalaman Che
termasuk beberapa kelemahan beliau. Ini adalah penting untuk generasi anak muda
dan kelas pekerja yang sedang berdepan dengan gelombang baru perjuangan yang
kini sedang melanda dunia terutama di Asia Barat dan Eropah di mana kapitalisme
sedang melalui satu era krisis dan kegawatan yang teruk.
CHE MENYERTAI PERJUANGAN
Sebagai seorang pelajar perubatan di Argentina, Che,
sudah pasti, boleh mendapat kehidupan yang lebih selesa. Tetapi, Che menjadi
seorang revolusioner yang komited yang sanggup keluar dari latar belakang kelas
pertengahan untuk menyertai golongan tertindas dan miskin untuk berjuang ke
arah membina dunia yang lebih baik dengan melawan imperialisme dan kapitalisme.
Che telah berkecimpung dalam perjuangan politik, terutamanya selepas
menyaksikan kemiskinan dan keadaan sosial yang teruk ketika pengembaraan terkenal
‘Diari Motosikal’ pada tahun 1952 dan 1953/4 di beberapa negara di Latin
Amerika. Pengalaman ini telah menimbulkan keazaman dalam dirinya untuk melawan
ketidakadilan dan sistem kapitalis.
Ketika pengembaraan tersebut, selain dari pertemuan
dengan sosialis di Peru, pekerja lombong miskin di Chile, Che amat dipengaruhi
oleh kunjungan beliau ke Guatemala. Beliau menyaksikan perjuangan di bawah
kerajaan radikal berhaluan kiri yang mana ditumbangkan oleh rampasan kuasa CIA
yang disokong oleh Amerika. Semasa di Guatemala, Che bertemu, buat kali pertama
dengan orang buangan Cuba yang berjuang terhadap pemerintahan diktator Batista.
MENYERTAI PERGERAKAN 26 JULAI DI CUBA
Berdasarkan pengalaman Che di Guatemala, dan perbincangan
tentang Cuba, beliau mula membangunkan idea-idea untuk perjuangan dan menolak
pendekatan ‘kesepakatan’ dengan elemen-elemen kapitalis oleh segolongan
parti-parti kiri, tetapi beliau tidak dapat memberikan alternatif jelas kepada
agenda-agenda oportunis parti-parti kiri tersebut. Sebaliknya beliau tertarik
dengan perjuangan menentang rejim Batista di Cuba yang semakin berkembang, dan
telah mula menyertai Gerakan 26hb Julai di Mexico.
Bagi Che, ini seolah-olah menawarkan arena perjuangan
yang lebih agresif. Gerakan 26hb Julai pada peringkat tersebut adalah sebuah
gabungan yang melibatkan beberapa kumpulan termasuk sayap liberal demokratik,
dan mempunyai matlamat untuk menggulingkan diktator Batista untuk menubuhkan
sebuah ‘demokrasi’ di Cuba. Walau bagaimanapun, pada peringkat tersebut, Gerakan
26hb Julai tidak berhajat untuk menumbangkan tuan tanah (feudalisme) dan
kapitalisme yang menindas keperluan dan hak rakyat biasa. Dalam gerakan
tersebut, Che memimpin elemen sosialis yang lebih radikal, dan ini mendapat
sambutan daripada rakan-rakan yang lain.
Pada 2 Disember 1956 kumpulan tersebut dengan 82 pejuang
gerila, termasuk Che Guevara dan Fidel Castro, mendarat di Cuba dan ini adalah
titik permulaan kepada perang gerila yang telah berlangsung selama dua tahun.
Apabila perang tersebut semakin berkembang, simpati kepada gerila daripada
petani semakin meningkat. Selepas pertempuran dua tahun, perang gerila terhadap
Batista menampakkan kemenangan. Kemarahan dan kebencian menentang rejim Batista
di bandar-bandar juga mula meningkat. Rejim Batista akhirnya runtuh dan ketika
pejuang gerila memasuki bandar-bandar pada Tahun Baru 1959, mereka disambut
dengan mogok umum secara besar-besaran. Sebelum itu, Cuba yang telah menjadi
‘Taman permainan’ imperialisme terutama Amerika Syarikat, dengan kasino dan pelacuran
mewah, dengan pelanggan yang sebahagian besarnya adalah peniaga-peniaga
Amerika, akhirnya dijatuhkan oleh revolusi tersebut.
REVOLUSI DI CUBA
Di Cuba, revolusi tersebut telah didorong untuk terus
mara ke hadapan berikutan konfrontasi berterusan dengan Amerika, di mana tiga
tahun kemudian kapitalisme dan tuan tanah akhirnya ditumbangkan. Proses ini
berlaku akibat gabungan beberapa faktor termasuk: tekanan kuat berterusan dari
bawah oleh pekerja dan petani untuk perubahan; imperialisme Amerika Syarikat mengenakan
pemulauan Cuba yang terus berlanjutan sehingga ke hari ini; kewujudan pada
ketika itu, ekonomi terancang berpusat di bawah bekas Kesatuan Soviet dan
Eropah Timur, yang diperintah oleh diktator kejam dan birokratik tetapi muncul
untuk menawarkan alternatif kepada kapitalisme (ekonomi pasaran bebas).
Seterusnya ekonomi terancang berpusat akhirnya diperkenalkan di Cuba. Ini adalah satu langkah yang ketara dan positif untuk mara ke hadapan dan telah memberikan kesan tarikan di Amerika Latin dan antarabangsa. Che Guevara memainkan peranan penting dalam proses ini, dan dari awal lagi telah menyokong supaya revolusi mengambil jalan ‘sosialis’. Selain itu, dari awal, Che juga menekankan keperluan bagi revolusi untuk disebarkan secara antarabangsa.
Seterusnya ekonomi terancang berpusat akhirnya diperkenalkan di Cuba. Ini adalah satu langkah yang ketara dan positif untuk mara ke hadapan dan telah memberikan kesan tarikan di Amerika Latin dan antarabangsa. Che Guevara memainkan peranan penting dalam proses ini, dan dari awal lagi telah menyokong supaya revolusi mengambil jalan ‘sosialis’. Selain itu, dari awal, Che juga menekankan keperluan bagi revolusi untuk disebarkan secara antarabangsa.
KELAS PEKERJA DAN SOSIALISME
Walaupun Che berazam untuk membina revolusi sosialis
antarabangsa, kelemahan terbesar beliau adalah kekurangan pemahaman tentang
bagaimana ianya dapat dicapai. Beliau telah didorong ke arah perjuangan gerila
sebagai satu kaedah untuk memenangi revolusi sosialis, dan bukannya
berlandaskan kepada kepimpinan kelas pekerja untuk membina revolusi sosialis.
Malah di negara-negara di mana kelas pekerja terdiri daripada penduduk
minoriti, peranan kolektif dan kesedaran yang timbul daripada keadaan sosial di
kilang-kilang dan tempat kerja, bermakna bahawa ia adalah kelas yang tegas
untuk menerajui dan memimpin revolusi sosialis. Ini adalah pengalaman revolusi
Rusia pada tahun 1917.
Ini kerana kelas kapitalis di negara-negara neo-kolonial,
yang terikat dengan kedua-dua tuan tanah dan imperialisme, tidak berupaya untuk
membangunkan ekonomi, industri, membina demokrasi yang stabil atau pun
menyelesaikan persoalan-persoalan kebangsaan. Tugas-tugas revolusi demokratik
dalam zaman moden tidak dapat diselesaikan oleh kelas kapitalis. Hari ini, di
negara-negara di mana tugas revolusi demokratik masih perlu dilaksanakan, ianya
jatuh di tangan kelas pekerja, dengan sokongan petani miskin dan lain-lain yang
golongan yang dieksploitasi oleh kapitalisme. Seterusnya revolusi demokratik
perlu dikaitkan dengan revolusi sosialis dan keperluan untuk menyebarkan
revolusi tersebut di peringkat antarabangsa.
Walau bagaimanapun, di Cuba, kerana kekejaman rejim
Batista dan vakum politik yang wujud, maka muncul perjuangan gerila yang
menawarkan jalan keluar. Pada hakikatnya, letusan mogok umum kelas pekerja
selepas perang tersebut ketika gerila berpindah ke Santa Clara, Havana dan
bandar-bandar lain mengukuhkan lagi kemenangan tersebut. Walau bagaimanapun,
berdasarkan pengalaman di Cuba, Che cuba untuk mengulangi perjuangan gerila,
pertama di Afrika, dan kemudian ke Amerika Latin dan di peringkat antarabangsa,
tetapi masyarakat di negara-negara tersebut berada dalam keadaan yang sangat
berbeza dengan Cuba, dan di setengah-setengah negara kelas pekerja berada dalam
kedudukan yang lebih kukuh dengan pengalaman dan tradisi revolusioner.
Kekurangan pemahaman tentang peranan kelas pekerja dalam revolusi sosialis
adalah kelemahan politik terbesar Che Guevara.
MANFAAT EKONOMI TERANCANG
Walau bagaimanapun, di Cuba, revolusi yang menyebabkan
tumbangnya kapitalisme dan tuan tanah, telah menunjukkan keunggulan ekonomi
terancang.
Malah pada hari ini, selepas kehilangan subsidi ekonomi
akibat keruntuhan Kesatuan Soviet dan kesan boikot yang dikenakan oleh Amerika
Syarikat, manfaat revolusi Cuba masih boleh dirasai, dan salah satunya adalah
sistem kesihatan yang terbaik di dunia. Hanya beberapa tahun selepas revolusi,
buta huruf telah dihapuskan. Perkhidmatan kesihatan percuma disediakan untuk
semua. Dengan seorang guru bagi setiap 57 penduduk, nisbah guru murid adalah
salah satu yang terbaik di dunia. Perkara yang sama boleh dikatakan dengan
perkhidmatan perubatan. 73% daripada operasi yang dijalankan di Pakistan
berikutan bencana gempa bumi beberapa tahun lalu telah dijalankan oleh 2600
doktor dan juruteknik kesihatan yang dihantar dari Cuba. Walaupun jangka hayat
di Cuba adalah 75 tahun, di Rusia, di mana kapitalisme telah dipulihkan, ia
menjunam kepada kira-kira 57 tahun.
Manfaat-manfaat tersebut tidak akan menjadi kenyataan di
Cuba tanpa revolusi dan ekonomi terancang. CWI menyokong semua manfaat yang
diperoleh melalui revolusi Cuba. Namun, pada masa yang sama, bentuk revolusi
yang dilalui pada awalnya di Cuba telah mencirikan sifat rejim yang telah
ditubuhkan.
APAKAH JENIS REJIM?
Kerajaan yang dipimpin oleh Castro dan Che Guevara
selepas revolusi adalah amat popular dan menikmati sokongan padu. Walau
bagaimanapun, ketiadaan kepimpinan kelas pekerja yang sedar untuk memimpin
proses revolusi tersebut bermakna bahawa demokrasi tulen untuk pekerja dan
petani tidak diwujudkan. Walaupun pada mulanya terdapat unsur-unsur kawalan
pekerja di kilang-kilang, tetapi ini bukannya berlandaskan kepada sistem
kawalan dan pengurusan secara demokratik oleh pekerja. Dengan ini, birokrasi
atas ke bawah rejim pemerintah mula terbentuk.
Di Cuba, Che mula merasai halangan birokrasi dalam perkembangan proses revolusi. Beliau tidak bersetuju dengan keistimewaan atau faedah tertentu yang diterima oleh mana-mana wakil atau pegawai kerajaan. Apabila Che melawat ke Kesatuan Soviet dan Eropah Timur, dia amat jijik melihat gaya hidup mewah dan sikap birokrat rejim pemerintah terhadap kelas pekerja. Beliau juga semakin kecewa dengan ciri-ciri birokrasi yang semakin meningkat di Cuba. Walaupun beliau mengecam pemerintahan diktator dan birokrasi kejam di Kesatuan Soviet dan Eropah Timur, Che tidak membangunkan alternatif yang jelas atau melihat bagaimana untuk melawan birokrasi, sama ada di Kesatuan Soviet dan Eropah Timur atau di Cuba.
Di Cuba, Che mula merasai halangan birokrasi dalam perkembangan proses revolusi. Beliau tidak bersetuju dengan keistimewaan atau faedah tertentu yang diterima oleh mana-mana wakil atau pegawai kerajaan. Apabila Che melawat ke Kesatuan Soviet dan Eropah Timur, dia amat jijik melihat gaya hidup mewah dan sikap birokrat rejim pemerintah terhadap kelas pekerja. Beliau juga semakin kecewa dengan ciri-ciri birokrasi yang semakin meningkat di Cuba. Walaupun beliau mengecam pemerintahan diktator dan birokrasi kejam di Kesatuan Soviet dan Eropah Timur, Che tidak membangunkan alternatif yang jelas atau melihat bagaimana untuk melawan birokrasi, sama ada di Kesatuan Soviet dan Eropah Timur atau di Cuba.
Dengan pengalaman Che sebagai revolusioner semakin
meningkat, dia pasti mencari alternatif. Ia adalah jelas dengan salah satu ciri
politik Che Guevara adalah kesediaan beliau untuk berbincang dan meneroka idea
dan pendapat yang berbeza. Malangnya, walaupun telah mula meneroka beberapa
tulisan Trotsky dan Marxist, dengan masa kematian awal pada usia muda, Che
tidak mampu untuk menarik semua kesimpulan yang diperlukan untuk membangunkan
alternatif yang jelas.
Kekurangan dalam kefahaman Che telah menjurus kepada
kesan tragis untuknya, dan legasi beliau boleh meninggalkan kesan untuk
generasi baru pekerja dan anak muda yang kini menyertai perjuangan melawan
penindasan, peperangan dan kapitalisme. Namun, ciri-ciri positif dan legasi
yang berkekalan Che, sebagai simbol yang tidak bertolak ansur, mengorbankan
diri, perjuangan tidak rasuah, akan terus menjadi sumber inspirasi bagi
generasi baru. Jika pengajaran dari kesilapan beliau boleh kita belajar, maka
keazaman dan perjuangan Che untuk suatu revolusi sosialis antarabangsa akan
tercapai.
No comments:
Post a Comment