KENYATAAN CWI:
HENTIKAN PEMBUNUHAN DAN KEKEJAMAN DI GAZA!
PERJUANGAN DAN SOLIDARITI WARGA PEKERJA, ANAK MUDA DAN RAKYAT JELATA SEJAGAT DIPERLUKAN UNTUK KEBEBASAN RAKYAT PALESTIN
- HENTIKAN SEGERA PEMBUNUHAN KEJAM RAKYAT PALESTIN OLEH TENTERA ISRAEL!
- HENTIKAN SEKATAN DAN PENJAJAHAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAN KE ATAS RAKYAT PALESTIN
- TINGKATKAN DEMONSTRASI ANTI-PEPERANGAN DAN LAKSANAKAN TINDAKAN-TINDAKAN KOLEKTIF WARGA PEKERJA DAN ANAK MUDA
- TIADA KEPERCAYAAN KEPADA KERAJAAN-KERAJAAN KAPITALIS DUNIA ATAU PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG SEMATA-MATA BERMOTIFKAN KEUNTUNGAN DAN KERAKUSAN KUASA
- LAKSANAKAN PERTUBUHUAN-PERTUBUHAN PEKERJA YANG BEBAS DI ISRAEL DAN PALESTIN
- UNTUK PERJUANGAN DEMOKRATIK SOSIALIS DI SELURUH TIMUR TENGAH
NERAKA
Gaza sekarang seperti neraka yang tidak boleh dibayangkan akibat pembunuhan kejam yang dikemudi oleh tentera Israel. Bilangan kematian sedang menghampiri satu ribu yang juga termasuk ratusan kanak-kanak. Gaza adalah salah satu kawasan dengan penempatan yang padat di muka bumi ini dengan 1.5 juta orang . Mereka ditempatkan dengan penuh sesak di tanah yang terhad - seolah-olah seperti suatu kem penjara. Untuk melancarkan peperangan sepenuhnya di dalam kawasan sedemikian, boleh menyebabkan kematian, kecederaan dan keganasan yang tidak terhingga kepada penduduk di situ, yang mana kerajaan Israel sendiri sedia maklum.
MENGAPA ISRAEL MELANCARKAN PEMBUNUHAN KEJAM INI ?
Kelas pemerintah Israel langsung tidak prihatin terhadap keperluan kelas pekerja Yahudi yang menduduki kawasan yang bersempadan dengan Gaza, tetapi menggunakan ketidakselesaan rakyat Yahudi untuk menjustifikasi peperangan yang kejam ini, dan seterusnya untuk mengkaburi rakyat terhadap matlamat jahat mereka yang sebenarnya. Pada hakikatnya peperangan ini dilancarkan untuk alasan yang amat berlainan sekali.
Kerajaan Israel merasa terhina disebabkan oleh peperangan terhadap Lebanon pada tahun 2006 yang mana ianya telah mengakibatkan kegagalan dan skandal yang bertubi-tubi. Sekarang pula mereka terpaksa berhadapan dengan pilihanraya umum bulan depan dan untuk menyelamatkan kuasa pemerintahan mereka yang semakin lemah, mereka memesongkan isu-isu keperluan pekerja dan rakyat biasa dengan melancarkan serangan ganas terhadap Palestin. Kerajaan Israel pernah berulangkali mematahkan perjanjian genjatan senjata, tetapi pembunuhan 6 militan Hamas dalam bulan November telah menjadi landasan kepada taktik jahat mereka untuk sengaja menghasut untuk membuahkan peperangan ini.
Peperangan ini juga untuk sementara telah mengalihkan perhatian daripada kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang ini, di mana kuasa-kuasa besar kapitalis tidak berupaya mencapai jalan penyelesaian yang konkrit ke atas krisis ini untuk menjamin pekerjaan dan taraf hidup majoriti warga perkerja dan anak muda.
PENGLIBATAN KUASA-KUASA BESAR
Kerajaan Bush telah menyokong kerajaan Israel hingga ke hujung tapak kaki mereka, manakala Obama terus menerus membisu. Tambahan pula, kenyataan-kenyataan Obama sebelum ini berkenaan isu tersebut langsung tidak positif. Ketika kempen pilihanraya Amerika, Obama mengisytiharkan sokongan padu kepada rejim Israel dan menyatakan Hamas tidak harus dirundingkan. Beliau juga beria-ia untuk menghantar lebih ramai tentera untuk berperang di Afghanistan.
Malahan juga, tiada kuasa-kuasa imprealis yang lain yang bersedia mengambil tindakan yang berkesan untuk menamatkan pembunuhan kejam ini. Perdana Menteri Britain, Brown dengan tangisan buaya beliau telah mengusul genjatan senjata, padahal kerajaan kepimpinan beliau tanpa segan silu melancarkan pembunuhan di Afghanistan. Malahan, beliau sama sekali tidak berhajat untuk menghalang industri pengeluaran tentera di negaranya supaya tidak menjual senjata kepada Israel.
Manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang hanya ikut telunjuk kuasa-kuasa besar, tidak berupaya untuk menamatkan pertumpahan darah tersebut atau menawarkan sebarang penyelesaian. Malahan, beratus-ratus keputusan oleh Perhimpunan Agung PBB telah mengutuk tidakan rejim Israel, tetapi kebanyakannya tidak diendahkan langsung oleh Amerika dan Israel, melainkan hanya jika keputusan tersebut memanfaatkan pihak mereka.
PEMIMPIN-PEMIMPIN LIGA ARAB
Kini Abbas, Mubarak dan pemimpin-pemimpin liga Arab yang lain mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Tetapi, sebelum ini mereka secara tidak langsung terlibat sama dalam agenda kerajaan Israel untuk kebuluran penduduk Gaza apabila sekatan dan kepungan dilancarkan selama tiga tahun oleh kerajaan Israel. Rejim-rejim Arab ini dengan rela menurut perintah imperealisme. Rejim Mubarak di Eqypt berkerjasama dalam memenjarakan rakyat Palestin dengan menghadkan pergerakan bebas mereka dan barangan keperluan melalui sempadan Gaza dengan Eqypt. Namun, Mubarak berjumpa dengan Menteri Luar Negara Israel, sehari sebelum serangan Israel.
Sosialis dengan sepenuhnya mempertahankan hak rakyat Palestin untuk tentangan bersenjata terhadap penjajahan yang kejam. Ramai rakyat Palestin melihat tentangan roket-roket Hamas terhadap bandar-bandar di Israel sebagai cara terbaik yang ada untuk menentang kekejaman tersebut. Namun demikian, serangan sebegini tidak dapat mengalahkan kerajaan Israel. Sebaliknya, cara ini akan memudahkan kerajaan Israel untuk memenangi sokongan rakyat Israel untuk alasan peperangan.
Hamas tidak mempunyai rancangan yang konkrit dan sesuai untuk mengalahkan penjajahan tersebut atau untuk memperlengkapkan rakyat Palestin dengan taraf hidup yang sepatutnya. Ini disebabkan, Hamas berlandaskan kepada penyambungan kapitalisme dengan semua kesengsaraan yang telah dibawa oleh sistem ini. Setiap kejayaan yang dikecapi dalam sejarah perjuangan Palestin adalah melalui mobilisasi aktif massa rakyat Palestin. Untuk tindakan sebegini berkesan, ianya seharusnya di bawah kawalan dan halatuju demokratik rakyat yang luas yang mana perlu diorganisasi melalui jawatankuasa akarumbi, dan bukannya suatu militia/askar yang bersifat rahsia.
PENENTANGAN MASSA AMAT PENTING
Sosialis berkempen supaya segera meningkatkan demonstrasi di Timur Tengah dan antarabangsa terhadap peperangan tersebut. Ini termasuk pengembangan tindakan oleh warga pekerja seperti menghalang pengimportan senjata oleh Israel. Kami juga berkempen untuk aksi massa untuk merobohkan sempadan-sempadan yang memenjarakan Gaza- termasuk perobohan sempadan Rafah oleh pekerja Palestin dan Eqypt. Kami juga berkempen supaya rakyat Israel berdemonstrasi di sebelah sempadan Israel terhadap serangan kerajaan Israel.
KELAS PEKERJA ISRAEL
Kelas pekerja Israel berupaya untuk berkembang menjadi suatu kuasa keramat dan penentu terhadap dominasi kelas pemerintah Israel, yang mana mesti dikalahkan untuk menyelesaikan aspirasi tersendiri warga pekerja Israel dan juga Palestin.
Di Israel, jurang pemisahan kelas semakin melebar, di mana golongan kaya semakin kaya dan satu pertiga kanak-kanak dalam kemiskinan. Wujud kemarahan yang amat sangat terhadap kerajaan dalam isu-isu ekonomi dan keselamatan yang semakin buruk. Rakyat biasa Yahudi di Israel tidak akan bebas daripada kitaran keganasan selagi mereka dipimpin oleh ahli-ahli politik kapitalis yang selalu mengundang konflik nasional untuk kepentingan sendiri dan golongan kapitalis.
CWI ( Jawatankuasa Untuk Pekerja-pekerja Anatarabangsa), satu organisasi antarabangsa yang berjuang terhadap kesengsaraan yang diwujudkan oleh kapitalisme dan untuk membina satu alternatif sosialis. Kami mengorganisasi aktiviti-aktiviti di Timur Tengah dan antarabangsa. Perjuangan terhadap pembunuhan di Timur Tengah dan perjuangan terhadap kerajaan kapitalis adalah satu perjuangan.
Sertai Kami !
CWI Malaysia,
http://asocialistmalaysia.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment