Wednesday 25 November 2015

MOGOK UMUM PEKERJA INDONESIA MENUNTUT UPAH LAYAK !

Saat ini, para pekerja di Indonesia masih sedang berupaya melaksanakan perlawanan umum dalam bentuk Mogok Nasional selama empat hari (24-27 November) menuntut dihapuskannya Peraturan Pemerintah tentang Pengupahan no.78/2015 yang dianggap merugikan para pekerja. Lagipula, Peraturan Pemerintahan itu bertentangan dengan Undang-undang No.13/2003 tentang Tenaga Kerja yang menyatakan bahawa setiap pekerja berhak memperoleh penghasilan untuk memenuhi kehidupan layak bagi kemanusiaan dan penetapan gaji harus melindungi pekerja.


Gaji minima di Indonesia selalu meningkat setiap tahun dan berapa peratus jumlah peningkatannya berbeza di setiap kota dan daerah disesuaikan dengan biaya hidup di setiap kota atau daerah tersebut. Untuk mengetahui biaya hidup di satu daerah, serikat pekerja (kesatuan sekerja) dan pemerintah masing-masing daerah akan melakukan kajian harga barangan di pasaran berdasarkan komponen asas keperluan pekerja setiap hari. Komponen tersebut terdiri daripada keperluan asas seperti harga beras, telur, minyak masak, mi segera, pakaian, sampai ke komponen yang kecil seperti harga minyak wangi, lipstik, bedak, shampoo, sabun mandi, dan lain-lain. Sedikitnya ada 60 komponen yang harganya akan dikaji setiap tahun. Setelah itu pekerja, majikan, dan pemerintah daerah akan berunding untuk menetapkan jumlah upah minimum sesuai dengan biaya hidup yang layak. Untuk menekan pihak pemerintah dan majikan yang cenderung ingin merendahkan jumlah upah pekerja semasa perundingan dijalankan, pekerja biasanya berdemonstrasi sampai jumlah tuntutan upah yang mereka minta terpenuhi. Banyak kejayaan yang pekerja Indonesia telah capai melalui pendekatan sebegini.

Friday 20 November 2015

KAPITALIS ADA DUA PARTI...RAKYAT BIASA PERLU PARTI SENDIRI !



‘Gajah sama Gajah berjuang, Pelanduk mati di tengah-tengah’, inilah situasi politik sistem dua parti dan akibatnya kepada rakyat biasa di negara ini. Sejak PRU-12, persaingan untuk kuasa pemerintahan antara BN dan Pakatan semakin sengit. Di tengah-tengah pertarungan kuasa ini, rakyat biasa terus dipinggirkan daripada manfaat pembangunan negara, dan ditindas dengan serangan demi serangan terhadap hak demokrasi dan sosial oleh kelas kapitalis.

Friday 13 November 2015

KEMENANGAN UNTUK POLITIK KELAS PEKERJA DAN SOSIALISME DI SEATTLE, AMERIKA SYARIKAT !


Pada pemilihan ahli Majlis Bandaraya Seattle di Amerika Syarikat untuk penggal seterusnya pada awal bulan November ini, Kshama Sawant wakil Sosialis Alternatif (CWI Amerika Syarikat) telah memenangi lebih 55 peratus undi untuk berkhidmat empat tahun lagi di Majlis Bandaraya Seattle. Ini adalah satu pencapaian bersejarah bagi pekerja-pekerja di Seattle dan di seluruh Amerika. Dengan sokongan lebih 600 sukarelawan kelas pekerja dan anak muda, dan 30 kesatuan sekerja mereka berjaya mengalahkan barisan gabungan perniagaan yang besar dan politik aliran utama yang berfungsi untuk kepentingan korporat dan kapitalis.

Thursday 12 November 2015

KENAIKAN TOL !

KERAKUSAN KAPITALIS UNTUK KEUNTUNGAN DALAM KESENGSARAAN RAKYAT

Ketika rakyat sedang mengharungi peningkatan kos hidup, persetujuan kenaikan kadar tol di antara 20 sen hingga RM4.70 oleh kerajaan kepada Syarikat-syarikat pengoperasi tol, adalah satu lagi tamparan hebat kepada warga pekerja dan rakyat biasa yang merupakan pengguna terbesar lebuhraya-lebuhraya di Lembah Kelang. Manakala PLUS pula dijangka membuat peningkatan kadar tol di tahun hadapan. Rakyat melihat tindakan tersebut amat tidak rasional dan tidak bermoral ketika rakyat ditekan dengan GST dan kenaikan harga barangan,dan perkhidmatan. Tambahan pula, kenaikan kadar tol syarikat-syarikat pengoperasi tol adalah di bawah pengawasan kerajaan, dan mereka mampu menghalang kenaikan kadar jika ‘rakyat diutamakan, dan didahulukan’.

SATU LAGI KRISIS EKONOMI DALAM PEMBIKINAN ?


Sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, pembangunan ekonomi Malaysia tidak mampu kembali semula ke zaman kegemilangan ‘Ekonomi Harimau’ atau ‘ Harimau Asia’ 1990-an di mana ketika itu pertumbuhan KDNK pesat di antara 7 hingga 10 peratus. Krisis kewangan tersebut yang kemudiannya memberikan kesan mendalam kepada aktiviti ekonomi telah menghancurkan harapan ‘negara membangun’ kepada kelas pekerja, rakyat biasa dan anak muda dengan kehilangan kerja, kejatuhan taraf hidup dan inflasi yang melonjak. Ketika ini, krisis kewangan 1997 telah menjadi bahan perbincangan semula, apabila nilai Ringgit semakin jatuh menjunam dan asas-asas ekonomi semakin lemah. Adakah satu lagi krisis ekonomi dalam pembikinan ?

LEON TROTSKY

IDEA SOSIALIS REVOLUSIONER MASIH RELEVEN UNTUK PERJUANGAN MASA KINI

Tujuh puluh lima tahun yang lalu, pada 21 Ogos 1940, revolusioner hebat yang masih hidup pada waktu itu, Leon Trotsky, telah dibunuh oleh Ramon Mercader, orang suruhan Josef Stalin. Sebelum ini sudah terdapat banyak percubaan untuk membunuh Trotsky. Walau bagaimanapun, kali ini cubaan mereka berjaya memusnahkan nadi kelas pekerja dan simbol kelantangan penentangan terhadap kapitalisme dan totalitarian Stalinisme. Peristiwa ini yang diraikan di Kremlin oleh Stalin, dan elit birokrasi yang diwakilinya, juga membawa kegembiraan kepada kerajaan kapitalis Eropah, Amerika dan dunia.

KEMEROSOTAN SAINS DAN TEKNOLOGI DI BAWAH KAPITALISME


Walaupun perkembangan masyarakat kelas bermula kira-kira 10 ribu tahun lalu dan kemudian kemunculan kapitalisme telah mendorong perkembangan sains secara mendadak, kita dapat lihat hari ini bahawa kuasa-kuasa yang sama yang sebelum ini membawa kepada kemajuan kini telah menjadi halangan besar kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan kuasa-kuasa produktif secara umum.

Khususnya, dibawah sistem kapitalisme yang berasaskan penswastaan dan pengeluaran yang bermotifkan keuntungan wang duit, ia sedang menjadi belenggu besar kepada pembangunan semua bidang masyarakat, termasuk sains. Di bawah kapitalisme, sebarang ‘idea’ itu sendiri telah menjadi harta peribadi atau "hak-hak harta intelek" dan dijadikan pemilikan swasta. Ahli-ahli sains yang terbaik tidak berkerjasama dengan menggunakan semua sumber intelektual dan saintifik yang boleh didapati untuk menyelesaikan masalah masyarakat, tetapi penyelidikan yang berasingan diadakan di atas nama persaingan. Kesemua hasil penyelidikan itu seperti teknologi dan kaedah baru yang ditemui kemudiannya menjadi harta persendirian yang digunakan untuk mengaut untung bagi golongan segelintir.

KE ARAH PERJUANGAN SOSIALIS ANTARABANGSA ...


Perjuangan gerakan sosialis menekankan organisasi sosialis dibina bersandar perspektif antarabangsa. Pertimbangan ini mengambil kira proses globalisasi yang membolehkan negara-negara yang berjauhan didekatkan dengan teknologi dan infrastruktur yang moden. Secara tidak langsung, dari segi perdagangan setiap negara saling berkait rapat dengan barang keperluan domestik masing-masing. Setiap Julai, Jawatankuasa Untuk Pekerja Antarabangsa atau CWI mengadakan persidangan di Belgium bagi mengumpulkan pengalaman dan hasil kerja cawangan atau kumpulan gabungan lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia. Sosialis Alternatif (Malaysia), wakil tunggal dari rantau Asia Tenggara turut berpeluang menyertai persidangan ini.

Persidangan ini dimulakan dengan keadaan krisis ekonomi dunia yang parah dan kian merebak ke benua Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Krisis sistem ekonomi kapitalis ini mencatatkan lebih dua per tiga ditakrifkan sebagai miskin atau berpendapatan rendah daripada 7.6 billion jumlah penduduk dunia. Manakala, sebanyak 85 keluarga mempunyai kekayaan yang sama jumlah keperluan untuk setengah penduduk miskin dunia.