Bulan Mac lalu, sebuah
portal berita laman web telah melaporkan bahawa pindaan terhadap Jadual 13 Akta
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 telah dilaksanakan
secara senyap-senyap. Beberapa hari kemudiannya, Menteri Kesihatan, S.
Subramaniam mengumumkan dalam sidang media bahawa sebanyak 14% ke 18 %
kenaikkan kos perubatan swasta telah dilak- sanakan oleh kementerian tersebut.
Walaupun Subramaniam
berkata bahawa peningkatan dihadkan pada 18%, namun jadual perubatan
menunjukkan kenaikan lebih 200% daripada had bayaran minimum yang ditetapkan.
Sebagai contoh, yuran perundingan telah meningkat dari RM10-RM35 kepada kadar
baru, iaitu RM30- RM125. Yuran perubatan yang merangkumi perkhidmatan lain
adalah dalam lingkungan 14% - 30%.
Menurut S. Subramaniam,
peningkatan ini adalah sejajar dengan peningkatan inflasi negara iaitu sebanyak
23% dan mereka telah menolak permintaan Persatuan Perubatan Malaysia bagi
kenaikan sebanyak 30%. Pengumuman yang langsung tidak logik daripada
kementerian kesihatan apabila kenaikkan harga perubatan diselaraskan dengan
pen-
ingkatan inflasi.
Peningkatan inflasi akan
menindas golongan berpendapatan rendah dengan peningkatan harga barang. Dengan
peningkatan kos perubatan swasta, bebanan rakyat akan semakin bertambah.
Kekurangan pusat perubatan kerajaan telah memaksa sebilangan besar rakyat
beralih ke klinik- klinik swasta yang sudah mula melaksanakan kadar bayaran
mengikut jadual terkini. Subramaniam yang dibenci oleh pekerja semasa beliau
memegang jawatan Menteri Sumber Manusia sebelum ini, juga telah mengumumkan
pemotongan subsidi kerajaan bagi pekerja asing di hospital kerajaan.
Pekerja-pekerja asing yang berada pada tahap ekonomi yang lebih teruk daripada
rakyat Malaysia telah hilang punca perubatan yang munasabah dan dengan kenaikan
kos perubatan swasta ini akan merumitkan keadaan mereka.
Semakin ramai rakyat tempatan
dan warga asing terpaksa memilih, sama ada tidak mengambil nasihat perubatan
ataupun mesti berjalan jauh ke pusat perubatan kerajaan yang lebih murah
sedikit. Hal ini akan menambah bilangan pesakit yang tidak mendapat rawatan
yang sewajarnya. Bagi yang tidak mendapatkan sebarang nasihat doktor, ini akan
memudahkan penyebaran penyakit dan menambahkan jumlah pesakit yang pada akan
membanjiri hospital kera- jaan. Dengan kekurangan kemudahan di hospital
kerajaan, pekerja di sana pula menghadapi masalah tekanan kerja dan terpaksa
menghadapi rungutan dari para pesakit. Keadaan ini sedang memburukkan
perkhidmatan kesihatan negara.
Kebajikan negara dalam
hal-hal seperti pendidikan, keselamatan dan perubatan tidak patut dijual beli
seperti komoditi. Ia perlu dianggap sebagai salah satu keperluan asas rakyat
dan kerajaan perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah-masalah tersebut.
Kerajaan kapitalis yang
menggunakan kenaikan inflasi bagi mewajarkan kenaikan kos perubatan adalah
sebuah kerajaan yang tidak prihatin ke atas keperluan rakyat biasa. Mereka
dibutai oleh agenda kapitalis multinasional yang dipergunakan untuk
memperkayakan diri sendiri dan kro- ni-kroni.
Perhubungan sulit mereka
dengan para pemodal dan majikan yang kaya raya sedang mengeksploitasi rakyat
biasa bagi keuntungan maksima. Fokus kerajaan yang mengurangkan pembinaan
hospital kerajaan dan memperbanyakkan hospital swasta adalah tanda
penyelewengan wakil rakyat kerajaan yang melihat pada keuntungan besar bagi
mereka sendiri.
Rakyat Malaysia perlu
bergabung tenaga dengan pekerja perubatan kerajaan dan swasta untuk melancarkan
serang balas ke atas asakan pemerintah. Kelas pekerja kesihatan perlu
berganding bahu sesama mereka bagi memberikan tentangan yang jelas terhadap
keputusan yang tidak berpihak kepada kebajikan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment