Thursday, 22 May 2014

KERAJAAN NEGERI BERTUKAR TETAPI HARGA RUMAH TERUS MELAMBUNG TINGGI


Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak mampu menjinakkan para pemaju hartanah, terutamanya untuk kemudahan perumahan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, antara dua negeri yang terkaya. Harga rumah semakin meningkat walaupun parti politik yang menerajui kerajaan telah bertukar. Kebanyakan rumah yang dibina agak mahal dan hanya mampu dibeli oleh golongan kaya. Manakala rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan anak muda yang masuk ke alam pekerjaan tidak mampu memiliki rumah sendiri yang selesa. Mereka mengharapkan satu penyelesaian kepada masalah ini. Tetapi realitinya kerajaan negeri walaupun di bawah Pakatan Rakyat masih tunduk kepada kemahuan pemaju-pemaju hartanah yang berniat untuk melipatgandakan keuntungan. Sepatutnya, dua negeri tersebut boleh menggunakan kekayaannya untuk menyediakan rumah kediaman yang selesa untuk rakyat yang memerlukan tetapi sistem pasaran bebas yang mencengkam rakyat menjadi ikutan mereka.


Polisi-polisi seperti menyediakan rumah mampu milik pula hanya boleh memanfaatkan segelintir orang, dan tidak akan menuju kepada satu penyelesaian mutlak untuk isu perumahan. Keadaan ini berlaku kerana posisi politik yang diambil oleh dua kerajaan negeri tersebut yang pro-kapitalis sepertimana kerajaan BN sebelum ini. Ini bermakna pemaju-pemaju hartanah diberikan sokongan undang-undang untuk meningkatkan aktiviti mereka semata-mata untuk keuntungan.

Perumahan adalah hak asasi manusia, dan ia tidak harus diniagakan mengikut naluri keuntungan kapitalis. Miliknegarakan hartanah dengan kawalan demokratik pekerja dan rakyat biasa untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat.

No comments: