Menurut
laporan laman web Portal Gaji Minimum Malaysia, Perintah Gaji Minimum
Kebangsaan 2012 diberitakan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013 bagi
majikan yang mempunyai lebih daripada lima pekerja, dan pada 1 Julai 2013 bagi
majikan yang mempunyai lima pekerja atau kurang. Di dalam tempoh itu, pihak
kerajaan telah memberi banyak kelonggaran kepada syarikat besar mahupun kecil
dan sederhana dengan memberikan tiga fasa penundaan bermula Disember 2012 hingga
31 Disember 2013.
Namun,
sehingga Disember 2013, banyak syarikat yang masih belum melaksanakan
pembayaran gaji minimum kepada pekerja berdasarkan 961 aduan pekerja yang
diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Daripada jumlah itu, sebanyak 290 kes
telah diselesaikan melalui persetujuan di antara majikan dan pekerja. 622 kes
masih lagi dalam siasatan akhir, manakala 49 kes lagi dirujuk ke Mahkamah
Buruh.
Sebanyak
1,044 majikan memohon penangguhan pelaksanaan gaji minimum dengan alasan supaya
mereka dapat mengkaji semula struktur perniagaan mereka sepanjang tempoh
penangguhan tersebut. Di atas dasar kompromi kerajaan terhadap majikan-majikan
kapitalis ini, pelaksanaan perintah gaji minimum tersebut telah ditangguh
sehingga diputuskan untuk dikuatkuasakan semula pada 1 Januari 2014.
Semenjak
penguatkuasaan perintah tersebut bermula, pihak Kementerian Sumber Manusia
melalui JTK telah melakukan 6,588 pemeriksaan di seluruh negara di dalam tiga
bulan pertama tahun ini, dan mendapati bahawa sebanyak 179 majikan yang masih
belum melaksanakan gaji minimum. Pegawai JTK kemudiannya hanya memberikan notis
pematuhan kepada majikan-majikan tersebut. Ini menimbulkan persoalan tentang
sikap pihak berkuasa kerajaan yang dilihat terlalu ‘memanjakan’ majikan.
Semenjak penguatkuasaan perintah gaji minimum pertama kali pada awal 2013 dahulu sehingga kini, masih banyak majikan yang tidak melaksanakannya, namun tindakan yang dikenakan ke atas mereka tidak lebih daripada sekadar pemberian notis pematuhan dan amaran sahaja. Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabit kesalahan dalam tindakan pen- dakwaan akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun.
Pun
begitu, Menteri Sumber Manusia, Richard Riot mengatakan bahawa pihak
kementerian tidak akan mengambil tindakan sehingga semakan semula pada Julai
2014 ini. Ini sebenarnya akan memberikan masa yang lebih ataupun ‘masa
tambahan’ kepada majikan untuk terus melengahkan perlaksanaan gaji minimum
tersebut setelah lebih dari setahun perintah tersebut dirangka. Peranan yang
dimainkan oleh kerajaan sehingga kini kita boleh gambarkan sama sahaja seperti
seorang pengadil perlawanan bola sepak yang berat sebelah dan menyebelahi
pasukan yang mempunyai kepentingan tertentu terhadapnya.
Mengikut
Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) 2011, semakan semula tersebut perlu
dilakukan setiap dua tahun sekali kononnya sebagai usaha untuk mencari titik
penyelarasan yang sesuai untuk majikan dan juga pekerja, yang akan menghasilkan
situasi ‘menang- menang’ kepada kedua belah pihak dan juga bertujuan untuk
menambah baik dasar tersebut. Selain mengambil kira pandangan pekerja dan
majikan, pihak kerajaan juga turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai
pihak termasuk Bank Dunia dan juga Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Berdasarkan
maklumat di atas, kita mendapati bahawa situasi ‘menang-menang’ yang
dicanangkan pihak kerajaan tersebut hanyalah ilusi. Semakan tersebut melibatkan
rundingan yang tidak hanya diwakili oleh pihak majikan atau kapitalis tempatan,
malah rundingan semakan tersebut turut melibatkan pihak kapitalis besar dunia,
iaitu Bank Dunia! Bagaimana kita boleh bayangkan sebuah institusi kapitalis
terbesar di dunia akan mampu memberi saranan yang terbaik untuk kebaikan
golongan pekerja?
ILO
pula, seperti yang diketahui oleh kebanyakan kesatuan sekerja tempatan, adalah
pertubuhan buruh antarabangsa yang diwakili oleh tiga komponen utama, iaitu
kerajaan, majikan dan pekerja. Wakil-wakil kerajaan yang berada di dalam
pertubuhan tersebut sudah
tentunya sentiasa memihak
kepada majikan
berbanding
pekerja. Malah,
sekiranya ada
pun saranan-
saranan ILO
yang akan
memberikan
kebaikan kepada pekerja
Malaysia,
pihak kerajaan
Malaysia yang
akan menen
tukan untuk
menerima atau
menolak saranan-saranan
tersebut.
Jadi,
di manakah rasionalnya tindakan melakukan semakan semula setiap dua tahun
sekali ini, sedangkan realitinya kita mengetahui bahawa tidak akan ada situasi
menang-menang kepada kedua belah pihak terutamanya bagi golongan pekerja? Di
manakah keadilan sebenar untuk golongan pekerja? Tidak hanya diberikan gaji
minimum yang tidak setaraf dengan kadar kenaikan kos sara hidup, malah
perlaksanaannya juga sangat banyak cacat-celanya. Kedua-dua parti politik BN
dan PR dilihat tidak mampu memberikan penyelesaian konkrit kepada penderitaan
rakyat bawahan dan golongan pekerja.
Gaji
minimum yang dicadangkan Pakatan Rakyat sendiri sebenarnya tidak banyak bezanya
berbanding apa yang telah ditetapkan kerajaan Barisan Nasional dan tetap tidak
mampu untuk membaik pulih keadaan hidup rakyat. Ekoran kenaikan harga barang
dan minyak, ditambah pula dengan perlaksanaan cukai GST bermula April tahun
hadapan, maka di manakah relevannya gaji minimum RM900 ataupun RM1100 seperti
yang dicadangkan PR? Kedua-dua angka tersebut, sekiranya dilaksanakan 15 tahun
yang lepas, mungkin dirasakan sesuai. Sekurang-kurangnya RM1500 adalah angka
yang lebih wajar untuk dijadikan sebagai gaji minimum untuk masa kini.
Zul, Sosialis Alternatif-Malaysia
No comments:
Post a Comment