Tuesday, 5 August 2014

PERANG DUNIA PERTAMA: 100 TAHUN SEJAK PEMBUNUHAN BESAR -BESARAN

Perang dunia pertama yang bermula 100 tahun yang lalu menyaksikan kepada pembunuhan pada skala yang tidak dapat disangka. Ulang tahun ke 100 perang dunia pertama telah dipaparkan dengan meluas dalam media-media kapitalis nasional dan antarabangsa. Tetapi, media-media tersebut gagal untuk menjelaskan mengapa berjuta-juta rakyat biasa yang kebanyakannya kelas pekerja telah dihantar ke jurang kematian dalam medan peperangan yang semata-mata bermotifkan kepada kerakusan kapitalisme untuk keuntungan maksimum, eksploitasi berterusan, mengondol sumber bahan-bahan mentah dan mempertahankan pasaran bebas.

Perang dunia pertama digelar ‘Perang Hebat’, ‘peperangan untuk mengakhiri peperangan’ . Tetapi, bagi sepuluh juta orang yang terbunuh dan lebih daripada sepuluh juta cedera parah ia pasti tidak hebat. Pertempuran tentera menyaksikan pertumpahan berdarah yang amat mengngerikan dalam sejarah manusia. Kesengsaraan dan kerugian yang dialami pada kedua-dua belah pakatan perang amat besar skalanya. Di Ypres, Belgium, tentera British kehilangan 13,000 orang dalam tempoh tiga jam hanya untuk mara 100 kilometer ! Pada hari pertama Pertempuran Somme 60,000 orang menjadi mangsa, kehilangan terbesar yang pernah dialami oleh tentera British, walaupun pada hakikatnya dalam tempoh enam hari sebelum itu, sempadan Jerman telah dilanda tiga juta peluru daripada tentera British !


Jumlah mangsa dalam Pertempuran Somme ialah 1,100,000 orang di kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1918, kuasa-kuasa Entente (diterajui oleh Britain, Perancis, Rusia dan Itali) telah menganggarkan seramai 5.4 juta orang mati dan tujuh juta orang lagi cedera. Kuasa-kuasa pusat yang menentang mereka (Jerman, Austria-Hungary, empayar Uthmaniyyah dan Bulgaria) pula menganggarkan empat juta kematian, dan 8.3 juta lagi cedera. Kebanyakan mereka yang mati dan cedera adalah golongan anak-anak muda.

Seperti konflik-konflik yang telah meletus selepas itu di seluruh pelusuk dunia, adalah jelas bahawa ia tidak bermotifkan untuk menamatkan perang. Konflik Balkan pada 1990-an, pembunuhan beramai-ramai ketika ini di Syria, Iraq, Palestin dan Ukraine hanya senarai terbaru. Di Syria, 6,500,000 orang telah menjadi pelarian dalam negara , dan lebih 3,000,000 pula didorong untuk menjadi pelarian di luar negara. Penderitaan manusia dan pembunuhan telah diulang dan diulang berulang-kali kerana ‘perang untuk menamatkan perang’.

Walau bagaimanapun, seperti pendedahan peristiwa-peristiwa baru-baru ini, prospek konflik dan peperangan serantau juga wujud dalam era terkini krisis kapitalis di mana perebutan atau persaingan untuk pasaran dan sumber-sumber mentah yang terhad semakin rancak. Namun, pengimbangan kuasa-kuasa sosial dan kelas menghalang, dalam jangka pendek dan sederhana, wabak perang dunia seperti yang tercetus pada 1914-18 dan sekali lagi pada 1939-45. Impak besar daripada konflik perang dunia dengan kewujudan senjata nuklear yang mampu memusnahkan semua, dan dengan ketakutan kelas-kelas pemerintah kepada pergolakan sosial dan revolusi yang mampu wujud, setakat ini telah bertindak sebagai penghalang kepada langkah imperialisme dan kapitalisme untuk melancarkan satu lagi perang dunia.

Realiti nyata kengerian peperangan, dan kesengsaraan dan penderitaan manusia yang dialami dalam bencana-bencana perang sebelum ini, kini sedang dipentaskan di Syria, Palestin, Iraq, Ukraine dan kawasan-kawasan lain, menunjukkan kekejaman kapitalisme dalam era moden.


Jika kapitalisme dan imperialisme tidak dikalahkan, keadaan yang lebih ngeri, konflik akan meletus pada masa akan datang. Pengajaran daripada pembunuhan besar-besaran yang dicetuskan oleh kapitalisme antara 1914-1918 perlu diambil oleh generasi baru anak-anak muda dan pekerja. Keperluan untuk pembinaan parti-parti massa pekerja yang bebas di setiap negara bagi berjuang untuk internationalis sosialis alternatif kepada kapitalisme, dan juga untuk memerangi nasionalisme patriotik kelas-kelas pemerintah adalah masih relevan pada hari ini sama seperti pada tahun 1914 untuk mengelakkan pertumpaan darah di masa hadapan.  Hanya dunia sosialis, berdasarkan ekonomi terancang yang demokratik untuk memenuhi keperluan dan hak rakyat sejagat, mampu menawarkan alternatif kepada persaingan terhadap pasaran dan kepentingan ekonomi yang tidak dapat dielakkan akibat kapitalisme moden yang penuh dengan konflik dan percanggahan.

CWI International.

No comments: