Wednesday, 26 March 2014

NAHAS MH370 : SIASATAN BEBAS PERLU UNTUK KEBENARAN

CWI Malaysia amat bersimpati dengan 239 mangsa yang terlibat dengan nahas MH370 ketika penerbangan ke Beijing, China pada 8hb Mac. Penduduk seluruh dunia tanpa mengira bangsa, bahasa, agama, warna, budaya dan sempadan negeri telah memberikan solidariti dan simpati kepada keluarga dan mangsa nahas MH370 yang kebanyakannya daripada negara China selain daripada negara-negara lain termasuk Malaysia. Setakat ini punca sebenar nahas penerbangan tersebut masih tidak dikenal pasti.


Satu siasatan rapi yang menyeluruh dan adil oleh satu jawatankuasa siasatan bebas perlu dilaksanakan segera untuk mendedahkan kebenaran serta mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap punca nahas tersebut.   Selain melibatkan pakar-pakar teknikal dan saintis yang bebas, jawatankuasa tersebut juga harus melibatkan Kesatuan Sekerja yang mewakili pihak pekerja penerbangan MAS dan wakil-wakil bagi pihak keluarga mangsa untuk membolehkan satu siasatan yang adil dan saksama dapat dilakukan.    

No comments: