Sunday, 20 April 2014

TPPA: AGENDA TERSEMBUNYI KAPI­TALIS UNTUK MENINDAS RAKYAT BIASA



Presiden Amerika Syarikat, Ba­rack Obama, akan berkunjung ke negara-negara Asia termasuk­lah Malaysia. Sudah tentu TPPA ataupun Perjanjian Rakan Kongsi Negara-Negara Pasifik (Trans Pacific Partnership Agreement) akan menjadi agenda utama Obama. Obama akan cuba untuk memberikan keyakinan kepada para pemerintah negara-negara Asia termasuk kerajaan BN su­paya menerima dan bersetuju dengan perjanjian itu. Ia juga merupakan sebahagian usaha syarikat-syarikat korporat ger­gasi kapitalis yang mendesak su­paya penguasaan mereka dalam ekonomi dapat diperkukuhkan dan diperluaskan tanpa kekangan undang-undang atau keadaan politik-sosial-ekonomi sesuatu negara. Keadaan inilah yang membimbangkan sekiranya Ma­laysia menandatangani perjan­jian itu. Rakyatlah yang akan me­nanggung kesan buruk daripada TPPA tersebut.

Hal ini kerana perjanjian itu di antaranya tidak akan membenar­kan penjualan ubat generik yang murah di negara ini sedangkan ia mempunyai kandungan dan ke­san yang sama dengan ubat yang dikeluarkan oleh syarikat-syari­kat korporat antarabangsa teru­tama di Amerika. Maka, dengan TPPA, rakyat terpaksa menang­gung kos perubatan yang amat mahal, dan ini akan memberikan kesan teruk kepada pesakit-pe­sakit yang menghadapi penyakit kronik seperti HIV, kencing ma­nis, darah tinggi dan lain-lain.



Lebih merisaukan lagi, dengan peruntukan TPPA kerajaan ter­paksa tunduk kepada kemahuan kapitalis, dan kapitalis pula boleh menghalang kerajaan daripada membuat undang-undang baru untuk melindungi hak pekerja, seperti gaji minimum, keselama­tan pekerja, faedah pekerja dan sebagainya lagi. Bahkan, TPPA juga akan memberikan kesan yang buruk kepada industri tem­patan seperti padi negara apabila beras dari Amerika Syarikat yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di Malaysia. Dengan ini, kehidupan ratusan ribu keluarga petani padi akan terjejas. Begitu juga dengan kos pendidikan anak-anak apabila buku-buku teks universiti dan kolej akan menjadi makin mahal kerana peraturan hak cipta yang lebih ketat yang jelas akan memi­hak kepada agenda kapitalis. Ter­dapat banyak lagi kesan negatif TPPA sekiranya ia dimeterai di mana kehidupan rakyat biasa akan terjejas. Namun contoh-contoh peruntukan TPPA ini su­dah cukup untuk membuktikan bahawa TPPA cuma memaksi­mumkan kuasa dan keuntun­gan syarikat-syarikat korporat kapitalis dan mengabaikan hak rakyat, khususnya kelas pekerja dan mereka yang tidak berke­mampuan. Justeru, TPPA perlu di bantah dengan lantang. Isu ini harus diperjuangkan oleh kesatu­an sekerja bersama kelas pekerja dan rakyat biasa di negara ini, dan untuk menghentikannya satu gerakan pekerja dan rakyat biasa perlu dibina.


Sharifah, CWI Malaysia

No comments: