Hari Pekerja atau Hari Satu Mei bukan calang-calang hari. Ramai dalam kalangan kita yang menganggap bahawa hari itu adalah hari untuk kita bercuti semata-mata, ataupun hari untuk mendapat ‘double pay’ kerana bekerja ketika cuti umum. Secara sejarahnya, Hari Pekerja adalah hari kemenangan bagi kelas pekerja dalam perjuangan mereka untuk menuntut pengurangan jam kerja iaitu dari 12-16 jam sehari kepada 8 jam sehari. Kemenangan ini tidak diraih dengan sekelip mata, bahkan merupakan satu perjuangan yang panjang kerana berlangsung pada sekitar tempoh tahun 1886-1890-an. Ia adalah perjuangan yang amat mengagumkan kerana melibatkan pengorbanan warga pekerja yang berusaha untuk membebaskan diri mereka daripada penindasan majikan-majikan yang tidak berperikemanusiaan. Dalam hal ini, sistem kapitalisme yang diangkat oleh para majikan itu begitu mementingkan keuntungan sehinggakan sanggup untuk menafikan hak-hak pekerja. Sedangkan tanpa warga pekerja, syarikat-syarikat tersebut pasti tidak akan mendapat keuntungan dan memperkembangkan perniagaannya.
Perjuangan
berkenaan menyaksikan hasilnya apabila warga pekerja dapat menikmati masa yang
lebih untuk diri sendiri, dan bersama-sama keluarga serta masyarakat. Walau
bagaimanapun, kerakusan sistem kapitalisme semakin lama makin menyebabkan
syarikat-syarikat menekan pekerja-pekerja untuk bekerja lebih dari 8 jam. Di
Malaysia, kebanyakan pekerja masih mengalami masalah tersebut. Bahkan,
dasar-dasar GST, TPPA, pemotongan subsidi, kenaikan harga barang dan sebagainya
lagi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kapitalis di negara ini turut tidak
berpihak kepada kelas pekerja dan masyarakat biasa. Tuntutan para pekerja
Hospital Assunta, piket NUBE, piket pekerja Hong Leong Bank dan banyak lagi
cukup menggambarkan betapa para pekerja tidak mendapat hak yang sepatutnya.
Keadaan
ini sangat mengecewakan apabila kerajaan yang diharapkan dapat membela nasib
rakyat, rupa-rupanya hanya mengutamakan kepentingan kapitalis. Apatah lagi
dengan masalah rasuah dan pembaziran yang berleluasa oleh para pemerintah
sedangkan rakyat setiap hari terpaksa menanggung kesengsaraan. Dalam waktu yang
sama, para pemerintah pula bersenang-lenang atas kesusahan tersebut. Manakala
parti-parti pembangkang pula masih terus mahu berjinak-jinak dengan kehendak
kapitalis. Harga rumah semakin meningkat di Pulau Pinang dan Selangor, dan gaji
minimum RM1500 di bantah oleh pemimpin pembangkang kerana ia tidak akan
memuaskan sistem pasaran bebas kapitalisme.
CWI
(Committee for Workers’ International) menyokong perjuangan kelas pekerja dan
massa. Pada masa yang sama untuk mencapai perubahan yang memihak kepada
keperluan pekerja, pembinaan politik kelas pekerja perlu untuk memperjuangkan
alternatif kepada sistem kapitalis. Untuk itu, kepimpinan kelas pekerja perlu memimpin,
bersatu, berorganisasi dan berjuang secara bebas daripada kongkongan kapitalis
atau parti-parti yang mewakili mereka. Di antara pendirian CWI adalah :
· UTAMAKAN
KEPERLUAN DAN KEBAJIKAN PEKERJA BUKAN SEMATA-MATA UNTUK KEUNTUNGAN MAKSIMUM
· KELAS
PEKERJA DAN ANAK MUDA PERLU BERSATU MENENTANG AGENDA KAPITALIS: TPPA, GST,
KENAIKAN HARGA BARANG DAN RUMAH, PENINGKATAN KOS PERUBATAN, GAJI RENDAH,
SERANGAN TERHADAP KESATUAN, PENCABULAN HAK DEMOKRASI DAN LAIN-LAIN
DISKRIMINASI.
· TIDAK
KEPADA PENSWASTAAN PENDIDIKAN TERMASUK PENGKORPORATAN UNIVERSITI DAN KOLEJ
AWAM. MEMILIKNEGARAKAN ATAU PEMILIKAN AWAM SEGALA ENTITI PENDIDIKAN DARIPADA
TADIKA HINGGALAH KE UNIVERSITI DENGAN PEMBIYAAN YANG SECUKUPNYA UNTUK
MENINGKATKAN KEMUDAHAAN DAN KUALITI PENDIDIKAN.
· HAPUSKAN POLISI
‘BURUH MURAH’ ATAU PENGHAMBAAN PEKERJA, DENGAN MEWUJUDKAN GAJI MINIMUM ATAU
GAJI SARAAN HIDUP (LIVING WAGE) YANG SETIMPAL DENGAN KENAIKAN INFLASI.
· HAPUSKAN AMALAN
‘OUTSOURCING’ DAN BURUH KONTRAK YANG MENGHAKIS HAK PEKERJA DAN KESATUAN
SEKERJA.
· MAJIKAN HARUS
MEMPERUNTUKKAN ELAUN PERUMAHAN, PENGANGGUTAN, MAKANAN DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN
YANG DIPERLUKAN UNTUK KEBAJIKAN PEKERJA.
· HAK PENUBUHAN
KESATUAN SEKERJA TANPA SEBARANG SEKATAN UNDANG-UNDANG OLEH KERAJAAN ATAU CAMPURTANGAN
MAJIKAN.
· TIDAK KEPADA
PARTI-PARTI YANG BERLANDASKAN KAPITALISME. BERKEMPEN UNTUK PEMBINAAN PARTI
MASSA KELAS PEKERJA DAN ANAK MUDA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK DAN KEPENTINGAN
RAKYAT BIASA.
· HENTIKAN
PENSWASTAAN PERKHIDMATAN AWAM. MEMILIKNEGARAKAN SEMULA SEMUA KEMUDAHAAN AWAM
DENGAN KAWALAN DEMOKRATIK KESATUAN SEKERJA DAN RAKYAT BIASA.
· HENTIKAN GST,
TPPA, PEMOTONGAN SUBSIDI DAN MULA MERANCANG EKONOMI BERLANDASKAN KEPERLUAN
RAKYAT, BUKAN KEUNTUNGAN MAKSIMUM
· UNTUK SOLIDARITI
ANTARA KELAS PEKERJA DAN ANAK MUDA DI SELURUH DUNIA.
· TIDAK KEPADA
KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR. BAGI PELAN YANG MAMPAN BERLANDASKAN KEPADA DEMOKRATIK
SOSIALISME UNTUK INDUSTRI PENGELUARAN YANG TIDAK AKAN MEMUSNAHKAN PLANET INI.
· TIDAK KEPADA
KAPITALISME. BAGI DUNIA SOSIALIS, DI MANA MONOPOLI BESAR DIJADIKAN PEMILIKAN
AWAM, DENGAN EKONOMI YANG DIRANCANG SECARA DEMOKRATIK DAN SUMBER-SUMBER ALAM
DIPERGUNAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN MANUSIA SEJAGAT.
No comments:
Post a Comment