PROTES KENAIKAN HARGA MINYAK DI INDONESIA : “KEMENANGAN” BAGI PARA
DEMONSTRAN
Penentangan
masyarakat Indonesia
terhadap agenda pemerintah untuk menghapuskan subsidi Bahan Bakar Minyak (BBM)
atau petrol pada akhirnya memperoleh “kemenangan”. Tekanan yang dilakukan oleh
pekerja, pelajar, masyarakat miskin perkotaan di jalan raya selama dua minggu
dan ianya menular ke pelbagai kota di Indonesia telah memaksa Dewan Perwakilan
Rakyat (DPR/parlimen) mengambil keputusan untuk menunda kenaikkan harga BBM
yang dirancang pada 1 April 2012. Namun
yang mesti diingat, ini hanya merupakan kemenangan sementara sahaja, kerana
keputusan yang dipersetujui tersebut hanya berkuatkuasa setidaknya sampai 6
bulan ke depan. Salah satu perkara yang dipersetujui menghendaki kerajaan tidak
menaikkan BBM selama 6 bulan jika harga minyak dunia tidak naik melebihi US$120
setong. Keputusan ini juga layak dikritik kerana ianya dianggap hanya sebagai
jalan tengah untuk meredakan kemarahan rakyat yang menginginkan kenaikan harga
minyak dibatalkan sepenuhnya, bukan ditunda. Apalagi, keputusan tersebut
menyerahkan dasar subsidi pemerintah kepada pasaran terbuka yang dikuasai oleh
kapitalis antarabangsa.









