“Tembak, pengecut, anda
hanya akan membunuh seorang lelaki”. Ini adalah ucapan terakhir Che Guevara
sebelum beliau dibunuh pada 9 Oktober 1967 di Bolivia, ketika umur Che hanya 39
tahun.
Lebih empat puluh tahun
selepas kematiannya, bendera, sepanduk, potret dan slogan dengan gambar Che masih
dipergunakan secara meluas termasuk dalam demonstrasi dan protes. Walaupun bagi
kebanyakan orang ia adalah satu tarikan fesyen sahaja, tidak kurang juga yang
mempergunakannya sebagai instrumen untuk meluahkan bantahan atau menyatakan
suatu deklarasi politik. Bagi mereka, Che Guevara adalah simbol perjuangan dan
internasionalisme, dan juga simbol untuk membentuk dunia dan masyarakat yang
lebih baik yang berlandaskan kepada idea-idea sosialisme. Hari ini di
kebanyakan negara, ahli-ahli politik dan institusi kerajaan dianggap korup,
tidak mewakili rakyat, tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri
sendiri sahaja. Manakala Che Guevara dilihat oleh anak-anak muda sebagai
pejuang dan revolusioner yang berprinsip.




.jpg)




