Perdana Menteri, Najib
Razak telah membentangkan bajet tahun 2014 pada 25 Oktober, yang merupakan
bajet pertama selepas Pilihan Raya Umum ke -13.
Fokus utama bajet tersebut adalah pengumuman Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) yang dirancang untuk dilaksanakan pada 1 April 2015 dengan
kadar 6%. Walaupun kerajaan mengatakan bahawa GST tidak akan dilaksanakan
kepada beberapa barangan dan perkhidmatan, tetapi pelaksanaan secara umum untuk
kebanyakan barangan dan perkhidmatan sekaligus pasti akan meningkatkan kos
hidup rakyat.
Sosialis Alternatif adalah organisasi politik kiri di Malaysia yang berlandaskan kepada demokratik sosialisme dan internasionalisme
Thursday, 31 October 2013
Sunday, 20 October 2013
Mogok Besar-besaran 1947 : Kuasa Pekerja Kuasa keramat.
66 tahun lalu, pada 20
Oktober 1947, warga pekerja di seluruh Malaya ( nama Malaysia pada masa itu)
melancarkan mogok besar-besaran yang dikenali sebagai ‘Hartal’ untuk membantah
perlembagaan persekutuan yang digubal oleh penjajah British untuk meneruskan
taktik pecah dan perintah rakyat Malaya yang berbilang kaum dan agama. Bantahan
tersebut telah dipimpin oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan Majlis Bertindak
Bersama Se-Malaya (AMCJA) dengan sokongan sebahagian besar kesatuan-kesatuan
sekerja. Mereka mengesyorkan perlembagaan rakyat yang menitikberatkan hak kesaksamaan
dan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau budaya menjadi
dasar kepada Malaya yang merdeka.
Wednesday, 16 October 2013
"Orang Miskin Dilarang Sekolah"
Bukan lagi omong-omong kosong bahawa
di mana sahaja, pendidikan sudah semakin mahal. Malaysia turut tidak
terkecuali. Meminjam tajuk buku Eko Prasetyo, sememangnya saat ini orang miskin
dilarang sekolah. Ini kerana pendidikan telah dibebankan dengan biaya dan
perbelanjaan yang sangat tinggi. Yang menjadi mangsa pula, sudah tentu
orang-orang miskin dan golongan buruh yang tidak mampu untuk menghantar
anak-anak mereka ke sekolah.
CHIN PENG DIES
New generation can learn from experience of Malaya Communist Party leader
Chin Peng, the former guerrilla leader of the Communist Party of Malaya
(CPM), died in Thailand on 16th September at the age of 88. His party
had not been active since signing the peace agreement with the Malaysian
government in 1989. Some of his colleagues had been able to return to
Malaysia from exile and others have been living in a resettlement
village in Southern Thailand. But the Malaysia government denied Chin
Peng the right to enter into the country; even after his death, they did
not even want to allow his remains or ashes to be brought into the
country. Many Malaysians see the BN (National Front) government position
on Chin Peng as irrational and hypocritical; he had signed a peace deal
with the government in which he and his colleagues were promised to be
allowed back into Malaysia.
Tuesday, 8 October 2013
GST AKAN MENEKAN KELAS PEKERJA
Walaupun, Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih dalam perancangan kerajaan, beberapa
perkhidmatan atau barangan sudah pun mempunyai Cukai Jualan dan Perkhidmatan
(SST). Dengan GST kerajaan bercadang untuk meningkatkan pendapatan negara
melalui cukai.
Warga pekerja atau
golongan berpendapatan rendah jarang mengunjungi KFC, Pizza Hut, Mac Donald kerana tidak mampu untuk menanggung
kos makanan dan minuman yang dijual di sana yang tidak setara dengan pendapatan
yang mereka peroleh. Perkhidmatan di restoran-restoran tersebut dikenakan SST
oleh kerajaan di mana pelanggan terpaksa membayar kos cukai tersebut.
Thursday, 3 October 2013
MENGUPAS PENGALAMAN HINDRAF
PERLU PENDEKATAN KELAS BUKANNYA PERKAUMAN UNTUK
PENYELESAIAN ISU-ISU RAKYAT
Hindraf menggegarkan
politik negara apabila berjaya memobilisasi ribuan rakyat keturunan India pada
25 November 2007 di Kuala Lumpur. Kebanyakan
yang turun pada hari itu adalah kelas pekerja dan anak-anak muda. Walaupun
agenda Hindraf memfokuskan kepada isu hak agama dan kaum, tetapi ramai yang
turun ke jalan raya bukan hanya kerana isu-isu tersebut tetapi juga untuk meluahkan
perasaan terhadap ketidakadilan ekonomi dan sosial yang dipraktikkan oleh
Kerajaan BN selama ini. Hak saksama untuk pekerjaan, hak untuk perumahan, hak
untuk pendidikan, pengagihan kekayaan yang saksama adalah di antara isu-isu yang
sudah lama menjadi pertikaian golongan tersebut akibat agenda pilih kasih dan
perkauman yang dipraktikkan oleh kerajaan. Kekerasan polis dan ISA telah
dipergunakan oleh kerajaan untuk menangkap para demonstran dan juga pemimpin
Hindraf, dan ini telah menaikkan kemarahan masyarakat Indian yang sebahagian
besar telah mengundi kepada pembangkang dalam PRU12 pada tahun 2008.
Subscribe to:
Posts (Atom)