Kerajaan mengumumkan bahawa umur persaraan untuk pekerja-pekerja swasta akan dinaikkan kepada umur 60 tahun pada pertengahan tahun ini. Persatuan Majikan-majikan Malaysia menyambut baik cadangan kerajaan kerana ‘kemahiran dan pengalaman pekerja senior boleh terus dipergunakan untuk pembangunan syarikat memandangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat’. Tetapi alasan sebenar majikan adalah untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja baru yang sekali gus akan mengurangkan kos operasi syarikat untuk meningkatkan keuntungan. Ini bermakna selagi pekerja bertenaga dan mampu, sebahagian besar kehidupan pekerja akan terus dipergunakan untuk menjual ‘kuasa buruh’ kepada majikan untuk menjana keuntungan.
Sosialis Alternatif adalah organisasi politik kiri di Malaysia yang berlandaskan kepada demokratik sosialisme dan internasionalisme
Friday, 22 February 2013
Monday, 18 February 2013
BN GOVERNMENT FACES TOUGHEST ELECTIONS EVER
Opposition victory
possible for first time but workers and youth without genuine alternative
The government is soon expected to call
Malaysia’s 13th general elections - considered to be the toughest general
elections for them so far - either in March or April, following much
speculation on the election date since 2011. The BN leadership
under Najib Razak, desperate to improve its outcome, since the last general
elections has been pressured to wait until the end of its five years term. The
last general elections, called in 2008, were the worst for BN since
independence from Britain in 1957. It lost its two-thirds majority as well as
losing power in wealthy states, such as Selangor and Penang.
Early in January this year, 100,000
supporters of Pakatan Rakyat, the coalition of opposition parties, thronged to
Kuala Lumpur to advocate a change of government in the coming general
elections. The mood is very high among its supporters, which boosts further the
confidence of Pakatan Rakyat, under the leadership of Anwar Ibrahim, to capture
federal power for the first time.
Saturday, 16 February 2013
PILIHAN RAYA KE 13: PARTI-PARTI PRO-KAPITALIS TIDAK AKAN MENJAMIN HAK DAN KEBAJIKAN PEKERJA
PAKATAN RAKYAT MENOLAK TUNTUTAN GAJI MINIMUM RM1500...PERLU PEMBINAAN PARTI
UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK KELAS PEKERJA DAN RAKYAT BIASA.
Pada awal bulan Januari,
Jaringan Pekerja Malaysia yang merangkumi kesatuan-kesatuan sekerja seperti Kesatuan
Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) telah menggariskan tuntutan-tuntutan pekerja untuk
pilihan raya ke -13 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Salah satu tuntutan
utama tersebut adalah Jaminan Gaji Minimum RM1500. Tuntutan-tuntutan
lain ialah: Jaminan Pengiktirafan Hak-Hak Asasi
Pekerja; Jaminan Perlindungan Sekuriti Sosial; Jaminan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja ; Jaminan Kebajikan dan
Kesejahteraan Pekerja.
Kerajaan BN telah
mengumumkan RM900 sebagai gaji minimum, manakala Pakatan Rakyat pula
menjanjikan gaji minimum RM1100 jika berjaya menawan Putra Jaya. Kedua-duanya menjustifikasikan bahawa angka
masing-masing amat berpatutan berlandaskan kepada keadaan ‘pasaran bebas’.
Tuesday, 5 February 2013
KISAH ROBOT BERNYAWA DI DALAM “PENJARA”
Rosmah, wanita
27 tahun yang bekerja di salah sebuah syarikat pembuat barangan elektronik di
kawasan perindustrian Bangi nampak tergesa-gesa menghabiskan makan tengah harinya
di sebuah warung. Dia tidak banyak bercakap ketika kami mengajaknya berbual dan
mengedarkan risalah tentang buruknya nasib pekerja di Malaysia sekarang ini.
Tetapi ketika kami bertanya bagaimana keadaan di tempat kerjanya, dengan
ringkas dia menjawab: “Macam penjara!” Rosmah tidak punya banyak masa untuk menjelaskan
maksud ucapannya tersebut kerana masa rehat tengah harinya selama 45 minit
sudah hampir habis. Jika ditolak masa naik motor untuk pulang pergi dari kilangnya
ke warung tersebut yang mengambil masa 10 minit, di tambah dengan masa yang
diambil berjalan kaki dari tempat letak kenderaan ke bangunan tempatnya
bekerja, masa untuk punch card dan lain-lain,
dia hanya punya masa kurang dari 20 minit untuk dirinya sendiri menikmati makan
tengah hari di warung itu. Bagi Rosmah yang telah 8 tahun menjadi hamba majikan
di kilang tersebut, 20 minit itulah masa yang paling berharga dalam hidupnya setiap
hari, iaitu masa di mana dia boleh melihat matahari. Sisa hari tersebut
terpaksa dia habiskan di dalam kilang yang dianggapnya seperti penjara.
Subscribe to:
Posts (Atom)