ANAK MUDA HARUS MEMBINA POLITIK ALTERNATIF UNTUK KELAS PEKERJA DAN RAKYAT BIASA
Politik sepatutnya adalah suatu aktiviti
di mana orang ramai boleh memainkan peranan dalam mewujudkan, memelihara dan merangka
perancangan secara kolektif untuk meningkatkan keperluan dan untuk memanfaatkan
kehidupan bersama. Ini bermakna, politik adalah satu aktiviti sosial yang
menitikberatkan kerjasama dan tindakan secara kolektif dalam masyarakat untuk merangka
penyelesaian kepada masalah atau konflik tertentu. Tetapi, dalam sistem
kapitalisme, politik semata-mata ‘diswastakan’ kepada parti-parti politik dan
pemimpin-pemimpin mereka untuk kepentingan sendiri.