Laporan
Kekayaan Knight Frank (agensi perundingan hartanah global) 2014 untuk Malaysia,
menyatakan bahawa bilangan individu terkaya di Malaysia dengan aset bersih
bernilai RM99 juta (30 juta dolar) dijangka meningkat daripada 557 orang kepada
739 orang, iaitu peningkatan sebanyak 33 peratus, dalam masa sepuluh tahun yang
akan datang. Untuk tahun 2013, 9 individu baru telah menyertai kategori
tersebut untuk mencapai bilangan 557 orang. Manakala, individu kaya yang
memiliki aset kekayaan RM 330 juta (100 juta dolar) pula meningkat kepada 206
dengan penyertaan tiga individu yang baru. Hampir 53 peratus daripada golongan
kaya tersebut tinggal di Kuala Lumpur.
Sosialis Alternatif adalah organisasi politik kiri di Malaysia yang berlandaskan kepada demokratik sosialisme dan internasionalisme
Thursday, 29 May 2014
Wednesday, 28 May 2014
TRAJEDI LOMBONG DI TURKI
MOGOK DAN BANTAHAN
BESAR-BESARAN TERHADAP KERAJAAN
Pada 13 Mei, peralatan elektrik yang
rosak telah mencetuskan letupan maut di lombong arang batu di Soma, barat
Turki. Sekurang-kurangnya 282 pelombong telah kehilangan nyawa manakala lebih
100 pelombong terperangkap di bawah tanah dengan mayat-mayat yang sedang reput.
Bencana di Soma adalah kemalangan perindustrian yang paling teruk yang pernah
terjadi dalam sejarah Turki.
Sepantas kilat, protes tersebar ke
seluruh Turki kerana kebanyakan pekerja dan anak muda dengan tepat telah
mengenalpasti bahawa kerajaan pemerintah AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan)
dan sekutu-sekutu kapitalis mereka adalah punca utama kepada trajedi ini. Tambahan
pula, parti pemerintah dan keluarga Perdana Menteri Erdogan telah terlibat
dalam pelbagai skandal sejak beberapa bulan lalu dan juga beberapa protes
anti-kerajaan besar-besaran telah berlangsung pada tahun lepas sekitar
peristiwa-peristiwa di Dataran Taksim.
Sunday, 25 May 2014
PILIHANRAYA INDONESIA : TIADA PARTI UNTUK MEWAKILI KELAS PEKERJA DAN RAKYAT MISKIN
PEMBINAAN PARTI KELAS PEKERJA DAN
RAKYAT MISKIN PERLU UNTUK MEMBINA POLITIK ALTERNATIF
Indonesia, negara keempat penduduk terbanyak di dunia,
telah selesai melaksanakan pilihanraya pada 9 April yang lalu untuk memilih
calon legislatif. Hasil rasmi menunjukkan Partai Demokrasi
Indonesia Perjuangan (PDIP) pimpinan Megawati, anak kepada pendiri bangsa
Soekarno, meraih kemenangan dengan perolehan undi sebanyak 19%. Golkar, parti yang pernah memerintah selama 32 tahun (1966-1998)
pada masa pemerintahan Diktator Soeharto di urutan kedua (14%). Sedangkan di
urutan ketiga adalah Partai Gerindra (11%) yang dipimpin oleh Prabowo, bekas
jeneral tentera yang dipecat setelah terbukti bersalah memberi perintah
penculikan beberapa aktivis menjelang kejatuhan diktator Soeharto tahun 1998.
Pada 9 Julai nanti akan diadakan pilihanraya untuk
mengundi presiden secara langsung yang dijangkakan akan lebih menarik perhatian
dunia daripada PRU yang lepas. Sampai dengan penamaan calon ditutup pada 20
Mei, hanya dua pasangan calon yang telah
mensahkan diri untuk bertanding, iaitu pasangan Jokowi dan Jusuf kalla bersaing
dengan Prabowo-Hatta Rajasa. Ini bermakna proses pemilihan presiden nanti hanya
akan berlangsung satu pusingan sahaja dengan kiraan undi majoriti mudah.
Sebelum kita teruskan perbincangan dengan prospek
pemilihan presiden yang akan datang , ada baiknya kita imbas kembali proses
pemilihan ini dari mula supaya kelas pekerja mendapat pelajaran dari PRU
Indonesia.
Thursday, 22 May 2014
PIKET PEKERJA FEDERAL POWER
Majikan Amalkan
‘Union Busting’ dan Ingkar Perjanjian Kolektif
Pada
20 dan 21 Mei 2014 yang lepas, para pekerja Federal Power telah berpiket untuk
membantah tindakan majikan itu yang mengingkari perjanjian kolektif, tidak membayar
kenaikan gaji tahunan, mengugut pekerja untuk keluar daripada kesatuan sekerja
dan banyak lagi. Piket yang diadakan selama dua hari itu telah disertai
bersama-sama oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Letrik (EIWU) dan Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
KERAJAAN NEGERI BERTUKAR TETAPI HARGA RUMAH TERUS MELAMBUNG TINGGI
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak mampu menjinakkan para pemaju hartanah, terutamanya untuk kemudahan perumahan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, antara dua negeri yang terkaya. Harga rumah semakin meningkat walaupun parti politik yang menerajui kerajaan telah bertukar. Kebanyakan rumah yang dibina agak mahal dan hanya mampu dibeli oleh golongan kaya. Manakala rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan anak muda yang masuk ke alam pekerjaan tidak mampu memiliki rumah sendiri yang selesa. Mereka mengharapkan satu penyelesaian kepada masalah ini. Tetapi realitinya kerajaan negeri walaupun di bawah Pakatan Rakyat masih tunduk kepada kemahuan pemaju-pemaju hartanah yang berniat untuk melipatgandakan keuntungan. Sepatutnya, dua negeri tersebut boleh menggunakan kekayaannya untuk menyediakan rumah kediaman yang selesa untuk rakyat yang memerlukan tetapi sistem pasaran bebas yang mencengkam rakyat menjadi ikutan mereka.
Wednesday, 14 May 2014
AKSI PROTES PEKERJA INDUSTRI MAKANAN SEGERA (FAST FOOD) SEDUNIA PADA 15 MEI
HENTIKAN PENINDASAN TERHADAP PEKERJA MAKANAN SEGERA !
Pada 15 Mei ,
pekerja industri makanan segera melancarkan aksi mogok sehari di lebih 150
bandar-bandar serata Amerika
Syarikat, disertai dengan aksi solidariti di tiga puluh buah negara seluruh
dunia. Penganjur menjangkakan bahawa perjuangan ini buat kali pertama akan
tersebar ke bandar-bandar dan negara-negara baru dan melibatkan ratusan ribu
pekerja industri makanan segera.
OBAMA VISIT AIMS AT INCREASING UNITED STATES INFLUENCE IN THE REGION
HIDDEN AGENDA OF CAPITALISM
Barack Obama had a
three-day visit to Malaysia on April 26, as part of a four country economic and
military agreement tour. This is just the second visit of a President of the
United States to Malaysia in 50 years. Malaysia was the third country on his schedule
after South Korea and Japan. Philippines was the final destination before
heading home. This visit is seen as an important event on the agenda of the
United States who are trying to revive their economic ties and influence in
Southeast Asia and the Asia Pacific region.
Saturday, 10 May 2014
PIKET KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD MENGGESA PRESIDEN KTMB MELETAKKAN JAWATAN
Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KPPKTMB) menggesa Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk
Elias Kadir supaya meletakkan jawatan sebagai presiden dengan serta merta untuk
menyelamatkan KTMB dari terus merudum. Presiden KTMB itu didapati telah
menjatuhkan prestasi KTMB secara keseluruhan dan tidak mengendahkan keselamatan
pekerja dan penumpang dalam 2 tahun beliau berkhidmat.
Dalam satu kenyataan rasmi, Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Kerja KPPKTMB dengan mandat dari Majlis Eksekutif yang bersidang pada 18 Mac lalu memutuskan supaya tindakan lanjut diperlukan segera untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Elias jika beliau enggan meletakkan jawatan dengan sukarela.
INDONESIA: ELECTIONS REFLECT DISCONTENT
LEADERSHIP
VACUUM FOR WORKERS AND RURAL POOR IN THE FACE OF THE VICIOUS CAPITALIST
POLICIES OF OLD POLITICAL ELITES AND ILLUSIONS OF POPULISM.
Indonesia, the fourth most populated country in the world, with almost 250 million people, had legislative elections on April 9th. Final results on May 9th showed that the Indonesian Democratic Party of Struggle (PDIP), which is lead by Megawati Sukarnoputri (former President of Indonesia in 2001 to 2004), is ahead with a 19% share of the votes. Golkar, the party that ruled for 32 years (1966-1998) under the reign of dictator, Suharto, was in second place (15%). In third place was the Gerindra Party (with 12%). This party is led by Prabowo, a former army General who faced allegations of involvement in grave human rights abuses under the Suharto dictatorship in 1998.
Indonesia, the fourth most populated country in the world, with almost 250 million people, had legislative elections on April 9th. Final results on May 9th showed that the Indonesian Democratic Party of Struggle (PDIP), which is lead by Megawati Sukarnoputri (former President of Indonesia in 2001 to 2004), is ahead with a 19% share of the votes. Golkar, the party that ruled for 32 years (1966-1998) under the reign of dictator, Suharto, was in second place (15%). In third place was the Gerindra Party (with 12%). This party is led by Prabowo, a former army General who faced allegations of involvement in grave human rights abuses under the Suharto dictatorship in 1998.
Although the share of
the votes for each party is clear, the process is still not over yet. On July 9th
the election for the next president of Indonesia to replace Susilo Bambang Yudhoyono, who is barred by the Constitution from seeking a third term.
Parties wanting to make a nomination must have won at least 25 % of the votes
in the legislative election so the only way this time is through forming a coalition.
The political elites of the different parties have been busy at the negotiation
table.
If in the presidential
election there is no candidate receiving over 50%, the two candidates with the
most votes will face each other in a second round to be held in September. This
is very likely, as the result of the legislative election shows no party has
total dominance.
KUALA LUMPUR MAY DAY RALLY : PROTEST AGAINST GST
More than 30,000 people rallied in Kuala Lumpur for this year’s May Day to protest against the plan of government to introduce a Goods and Services Tax (GST) from April 1st next year. The act was passed, with the support of the government MPs, in the last parliamentary sitting. With the introduction of this tax, it is expected that the cost of living of the working class, as well as the middle class, will escalate further. This would be another burden for most people, who have already been facing subsidy cuts and inflation. A recent survey shows that 62% of Malaysians are not in favour of the GST.
The National Front (BN) government of Najib Razak is under pressure to cut the budget deficit by introducing austerity measures. With GST, the government plans to increase its revenue through a tax on ordinary people rather than increasing taxation on the rich. The billionaires in Malaysia are continually increasing their wealth, even in uncertain economic conditions while the lowest 40% of the population are becoming poorer with stagnating wages as living costs increase.
Subscribe to:
Posts (Atom)









