Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak mampu menjinakkan para pemaju hartanah, terutamanya untuk kemudahan perumahan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, antara dua negeri yang terkaya. Harga rumah semakin meningkat walaupun parti politik yang menerajui kerajaan telah bertukar. Kebanyakan rumah yang dibina agak mahal dan hanya mampu dibeli oleh golongan kaya. Manakala rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan anak muda yang masuk ke alam pekerjaan tidak mampu memiliki rumah sendiri yang selesa. Mereka mengharapkan satu penyelesaian kepada masalah ini. Tetapi realitinya kerajaan negeri walaupun di bawah Pakatan Rakyat masih tunduk kepada kemahuan pemaju-pemaju hartanah yang berniat untuk melipatgandakan keuntungan. Sepatutnya, dua negeri tersebut boleh menggunakan kekayaannya untuk menyediakan rumah kediaman yang selesa untuk rakyat yang memerlukan tetapi sistem pasaran bebas yang mencengkam rakyat menjadi ikutan mereka.
Sosialis Alternatif adalah organisasi politik kiri di Malaysia yang berlandaskan kepada demokratik sosialisme dan internasionalisme
Thursday, 22 May 2014
Wednesday, 14 May 2014
AKSI PROTES PEKERJA INDUSTRI MAKANAN SEGERA (FAST FOOD) SEDUNIA PADA 15 MEI
HENTIKAN PENINDASAN TERHADAP PEKERJA MAKANAN SEGERA !
Pada 15 Mei ,
pekerja industri makanan segera melancarkan aksi mogok sehari di lebih 150
bandar-bandar serata Amerika
Syarikat, disertai dengan aksi solidariti di tiga puluh buah negara seluruh
dunia. Penganjur menjangkakan bahawa perjuangan ini buat kali pertama akan
tersebar ke bandar-bandar dan negara-negara baru dan melibatkan ratusan ribu
pekerja industri makanan segera.
OBAMA VISIT AIMS AT INCREASING UNITED STATES INFLUENCE IN THE REGION
HIDDEN AGENDA OF CAPITALISM
Barack Obama had a
three-day visit to Malaysia on April 26, as part of a four country economic and
military agreement tour. This is just the second visit of a President of the
United States to Malaysia in 50 years. Malaysia was the third country on his schedule
after South Korea and Japan. Philippines was the final destination before
heading home. This visit is seen as an important event on the agenda of the
United States who are trying to revive their economic ties and influence in
Southeast Asia and the Asia Pacific region.
Saturday, 10 May 2014
PIKET KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD MENGGESA PRESIDEN KTMB MELETAKKAN JAWATAN
Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KPPKTMB) menggesa Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk
Elias Kadir supaya meletakkan jawatan sebagai presiden dengan serta merta untuk
menyelamatkan KTMB dari terus merudum. Presiden KTMB itu didapati telah
menjatuhkan prestasi KTMB secara keseluruhan dan tidak mengendahkan keselamatan
pekerja dan penumpang dalam 2 tahun beliau berkhidmat.
Dalam satu kenyataan rasmi, Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Kerja KPPKTMB dengan mandat dari Majlis Eksekutif yang bersidang pada 18 Mac lalu memutuskan supaya tindakan lanjut diperlukan segera untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Elias jika beliau enggan meletakkan jawatan dengan sukarela.
INDONESIA: ELECTIONS REFLECT DISCONTENT
LEADERSHIP
VACUUM FOR WORKERS AND RURAL POOR IN THE FACE OF THE VICIOUS CAPITALIST
POLICIES OF OLD POLITICAL ELITES AND ILLUSIONS OF POPULISM.
Indonesia, the fourth most populated country in the world, with almost 250 million people, had legislative elections on April 9th. Final results on May 9th showed that the Indonesian Democratic Party of Struggle (PDIP), which is lead by Megawati Sukarnoputri (former President of Indonesia in 2001 to 2004), is ahead with a 19% share of the votes. Golkar, the party that ruled for 32 years (1966-1998) under the reign of dictator, Suharto, was in second place (15%). In third place was the Gerindra Party (with 12%). This party is led by Prabowo, a former army General who faced allegations of involvement in grave human rights abuses under the Suharto dictatorship in 1998.
Indonesia, the fourth most populated country in the world, with almost 250 million people, had legislative elections on April 9th. Final results on May 9th showed that the Indonesian Democratic Party of Struggle (PDIP), which is lead by Megawati Sukarnoputri (former President of Indonesia in 2001 to 2004), is ahead with a 19% share of the votes. Golkar, the party that ruled for 32 years (1966-1998) under the reign of dictator, Suharto, was in second place (15%). In third place was the Gerindra Party (with 12%). This party is led by Prabowo, a former army General who faced allegations of involvement in grave human rights abuses under the Suharto dictatorship in 1998.
Although the share of
the votes for each party is clear, the process is still not over yet. On July 9th
the election for the next president of Indonesia to replace Susilo Bambang Yudhoyono, who is barred by the Constitution from seeking a third term.
Parties wanting to make a nomination must have won at least 25 % of the votes
in the legislative election so the only way this time is through forming a coalition.
The political elites of the different parties have been busy at the negotiation
table.
If in the presidential
election there is no candidate receiving over 50%, the two candidates with the
most votes will face each other in a second round to be held in September. This
is very likely, as the result of the legislative election shows no party has
total dominance.
KUALA LUMPUR MAY DAY RALLY : PROTEST AGAINST GST
More than 30,000 people rallied in Kuala Lumpur for this year’s May Day to protest against the plan of government to introduce a Goods and Services Tax (GST) from April 1st next year. The act was passed, with the support of the government MPs, in the last parliamentary sitting. With the introduction of this tax, it is expected that the cost of living of the working class, as well as the middle class, will escalate further. This would be another burden for most people, who have already been facing subsidy cuts and inflation. A recent survey shows that 62% of Malaysians are not in favour of the GST.
The National Front (BN) government of Najib Razak is under pressure to cut the budget deficit by introducing austerity measures. With GST, the government plans to increase its revenue through a tax on ordinary people rather than increasing taxation on the rich. The billionaires in Malaysia are continually increasing their wealth, even in uncertain economic conditions while the lowest 40% of the population are becoming poorer with stagnating wages as living costs increase.
Wednesday, 30 April 2014
1 MEI : HARI YANG MENGINGATKAN BAHAWA KELAS PEKERJA ADALAH KUASA PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT
Hari Pekerja atau Hari Satu Mei bukan calang-calang hari. Ramai dalam kalangan kita yang menganggap bahawa hari itu adalah hari untuk kita bercuti semata-mata, ataupun hari untuk mendapat ‘double pay’ kerana bekerja ketika cuti umum. Secara sejarahnya, Hari Pekerja adalah hari kemenangan bagi kelas pekerja dalam perjuangan mereka untuk menuntut pengurangan jam kerja iaitu dari 12-16 jam sehari kepada 8 jam sehari. Kemenangan ini tidak diraih dengan sekelip mata, bahkan merupakan satu perjuangan yang panjang kerana berlangsung pada sekitar tempoh tahun 1886-1890-an. Ia adalah perjuangan yang amat mengagumkan kerana melibatkan pengorbanan warga pekerja yang berusaha untuk membebaskan diri mereka daripada penindasan majikan-majikan yang tidak berperikemanusiaan. Dalam hal ini, sistem kapitalisme yang diangkat oleh para majikan itu begitu mementingkan keuntungan sehinggakan sanggup untuk menafikan hak-hak pekerja. Sedangkan tanpa warga pekerja, syarikat-syarikat tersebut pasti tidak akan mendapat keuntungan dan memperkembangkan perniagaannya.
Perjuangan
berkenaan menyaksikan hasilnya apabila warga pekerja dapat menikmati masa yang
lebih untuk diri sendiri, dan bersama-sama keluarga serta masyarakat. Walau
bagaimanapun, kerakusan sistem kapitalisme semakin lama makin menyebabkan
syarikat-syarikat menekan pekerja-pekerja untuk bekerja lebih dari 8 jam. Di
Malaysia, kebanyakan pekerja masih mengalami masalah tersebut. Bahkan,
dasar-dasar GST, TPPA, pemotongan subsidi, kenaikan harga barang dan sebagainya
lagi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kapitalis di negara ini turut tidak
berpihak kepada kelas pekerja dan masyarakat biasa. Tuntutan para pekerja
Hospital Assunta, piket NUBE, piket pekerja Hong Leong Bank dan banyak lagi
cukup menggambarkan betapa para pekerja tidak mendapat hak yang sepatutnya.
Sunday, 20 April 2014
TPPA: AGENDA TERSEMBUNYI KAPITALIS UNTUK MENINDAS RAKYAT BIASA
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama,
akan berkunjung ke negara-negara Asia termasuklah Malaysia. Sudah tentu TPPA
ataupun Perjanjian Rakan Kongsi Negara-Negara Pasifik (Trans Pacific
Partnership Agreement) akan menjadi agenda utama Obama. Obama akan cuba untuk
memberikan keyakinan kepada para pemerintah negara-negara Asia termasuk kerajaan
BN supaya menerima dan bersetuju dengan perjanjian itu. Ia juga merupakan
sebahagian usaha syarikat-syarikat korporat gergasi kapitalis yang mendesak supaya
penguasaan mereka dalam ekonomi dapat diperkukuhkan dan diperluaskan tanpa
kekangan undang-undang atau keadaan politik-sosial-ekonomi sesuatu negara.
Keadaan inilah yang membimbangkan sekiranya Malaysia menandatangani perjanjian
itu. Rakyatlah yang akan menanggung kesan buruk daripada TPPA tersebut.
Hal ini kerana perjanjian itu di antaranya tidak
akan membenarkan penjualan ubat generik yang murah di negara ini sedangkan ia
mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat yang dikeluarkan oleh
syarikat-syarikat korporat antarabangsa terutama di Amerika. Maka, dengan
TPPA, rakyat terpaksa menanggung kos perubatan yang amat mahal, dan ini akan
memberikan kesan teruk kepada pesakit-pesakit yang menghadapi penyakit kronik
seperti HIV, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.
Tuesday, 8 April 2014
PRK Kajang: Daripada Siapa, Untuk Siapa?
Hujung Januari yang lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR iaitu Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan dengan alasan bahawa beliau mengosongkan kerusi itu demi untuk menjaga kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Beliau baru sahaja menjadi Adun selepas dipilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lepas. Situasi ini menyebabkan Pilihan Raya Kecil terpaksa diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut. Lalu, PR mencalonkan Anwar Ibrahim untuk bertanding di kawasan itu. Keadaan ini menimbulkan desas-desus bahawa perletakan jawatan Lee Chin Cheh tersebut sengaja dilakukan untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim supaya beliau boleh menjadi Menteri Besar Selangor, sekaligus menyelesaikan konflik dalaman yang berlaku dalam parti politik itu.
Monday, 7 April 2014
Pekerja Hospital Assunta Menuntut Kebajikan Mereka Dihormati
Pekerja Hospital Assunta, Petaling Jaya melancarkan satu piket di luar premis hospital itu pada 19 Mac bagi menuntut pihak pengurusan supaya menyelesaikan masalah mereka. Mereka mendakwa bahawa pihak pengurusan hospital tidak mengambil kisah akan kebajikan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital, Peter Leong, berkata bahawa pihak pengurusan sedih dan terkejut dengan tindakan yang diambil oleh pekerja “Terdapat saluran yang betul untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dan piket ini adalah tidak perlu. Tindakan mereka juga boleh menjejaskan beberapa pesakit di sini,” katanya.
Leong berkata kakitangan hospital sentiasa dialu-alukan ke pejabatnya untuk membincangkan rasa tidak puas hati mereka kerana dia sentiasa mengekalkan dasar pintu terbuka. “Beberapa isu yang mereka bangkitkan telah dibincangkan dalam mesyuarat kami dengan ketua-ketua jabatan,” katanya.
Walau bagaimanapun, pihak pekerja telah mendedahkan wajah sebenar majikan. Pihak majikan didapati telah memaksa mereka bekerja lebih masa tanpa gaji dan memberikan layanan yang buruk apabila pekerja ingin berbincang dengan majikan mengenai kebajikan pekerja. Majikan didapati langsung tidak mengendahkan masalah pekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)








