Saturday, 17 October 2015

TPPA: AGENDA NEO-LIBERAL UNTUK MENGHAKIS HAK RAKYAT


Amerika dan 11 buah negara lain termasuk Malaysia yang terlibat dalam sebuah rundingan untuk perjanjian dagangan pasaran bebas TPPA selama hampir 1 tahun sudah sampai ke penyudahannya. Pelbagai negara dari 3 buah benua yang merangkumi 40% ekonomi dunia sudahpun menandatangani perjanjian ini.
Kemerosotan ekonomi Amerika merupakan punca utama kepada usaha membuat perjanjian ini. Ekonomi Amerika yang mengalami krisis kewangan pada tahun 2008 belum dapat pulih sepenuhnya. Tambahan pula, perjanjian TPPA ini adalah selaras dengan cita-cita Obama yang ingin meluaskan pengaruh ekonomi Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara yang kini didominasi oleh negara China. Butiran perjanjian dan hasil rundingan TPPA adalah berbentuk rahsia dan tidak didedahkan kepada rakyat. Beberapa laporan mengatakan bahawa para perunding tidak dibenarkan mengambil sebarang nota bagi mengelakkan daripada maklumat perjanjian itu bocor ke media.
Disebabkan oleh kesangsian yang wujud disebabkan oleh sifat berahsia oleh golongan pemerintah, rakyat biasa di pelbagai negara bangkit menentang proses perjanjian ini. Di beberapa negara seperti New Zealand, Malaysia termasuk di Amerika Syarikat sendiri, rakyat biasa telah melancarkan aksi protes bagi membantah langkah-langkah kerajaan. Walau bagaimanapun, hasil beberapa pendedahan yang terhad oleh pihak berkuasa, adalah didapati bahawa TPPA merupakan sebuah perjanjian pasaran bebas antara negara-negara yang terlibat dan perjanjian ini akan memberikan kesan yang mendalam bagi ekonomi negara tersebut.

TURKI: LEBIH 100 NYAWA TERKORBAN DALAM PERISTIWA PENGEBOMAN DI DEMONSTRASI DAMAI


Seramai 128 orang telah terbunuh dan ramai lagi tercedera dalam peristiwa letupan bom di perhimpunan aman yang dianjurkan oleh kesatuan-kesatuan sekerja di Ankara, ibu negara Turki pada 10 Oktober lalu. Ia adalah serangan pengganas yang terbesar dalam sejarah negara itu. Ramai mangsa masih berada di unit rawatan rapi di hospital-hospital, manakala banyak lagi mayat-mayat yang belum dapat dikenalpasti.
Demonstrasi Sabtu lalu itu dianjurkan oleh Gabungan Kesatuan Sektor Perdagangan Awam (KESK), Gabungan Kesatuan Sekerja Revolusi Turki (DISK), Persatuan Perubatan Turki (TTB) dan Kesatuan Jabatan Jurutera Turki (TMMOB). Beberapa minit sebelum permulaan demonstrasi itu, sebutir bom meletup di tempat aktivis dari parti kiri dan pro-Kurdish HDP (Parti Demokratik Rakyat) sedang berkumpul. Sejurusnya, satu lagi letupan berlaku kira-kira lima puluh meter dari tempat itu dan menambah kemusnahan dan kematian. Saksi-saksi, termasuk ahli-ahli Sosyalist Alternatif (CWI) yang tiba di tempat kejadian hanya beberapa minit selepas pengeboman itu melaporkan adegan seram yang tidak terkata.

INDONESIA: 50 TAHUN SELEPAS PEMBUNUHAN BESAR-BESARAN (MASSAL)


Jika kita menyusun senarai tragedi kemanusiaan yang paling kejam pernah berlaku dalam dunia moden ini, maka pembunuhan besar-besaran terhadap orang-orang yang dituduh komunis di Indonesia sudah pasti berada dalam urutan lima terbesar. Dalam tempoh tiga tahun sahaja (1965-1968), pembunuhan terancang terhadap ahli dan penyokong Parti Komunis Indonesia (PKI) telah menamatkan riwayat lebih satu juta nyawa. Tahun 2015 ini, telah lima puluh tahun peristiwa berdarah itu berlalu, tetapi kontroversi sejarah mengenainya masih tiada penghujungnya.

CHE GUEVARA: SIMBOL PERJUANGAN



“Tembak, pengecut, anda hanya akan membunuh seorang lelaki”. Ini adalah ucapan terakhir Che Guevara sebelum beliau dibunuh pada 9 Oktober 1967 di Bolivia, ketika umur Che hanya 39 tahun.
Hampir lima puluh tahun selepas kematiannya, bendera, sepanduk, potret dan slogan dengan gambar Che masih dipergunakan secara meluas termasuk dalam demonstrasi dan protes. Walaupun bagi kebanyakan orang ia adalah satu tarikan fesyen sahaja, tidak kurang juga yang mempergunakannya sebagai instrumen untuk meluahkan bantahan atau menyatakan suatu deklarasi politik. Bagi mereka, Che Guevara adalah simbol perjuangan dan internasionalisme, dan juga simbol untuk membentuk dunia dan masyarakat yang lebih baik yang berlandaskan kepada idea-idea sosialisme. Hari ini di kebanyakan negara, ahli-ahli politik dan institusi kerajaan dianggap korup, tidak mewakili rakyat, tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Manakala Che Guevara dilihat oleh anak-anak muda sebagai pejuang dan revolusioner yang berprinsip.
Selain mengupas pengalaman dan perjuangan Che menentang penindasan, kita juga harus mengambil pengajaran daripada pengalaman Che termasuk beberapa kelemahan beliau. Ini adalah penting untuk generasi anak muda dan kelas pekerja yang sedang berdepan dengan gelombang baru perjuangan yang kini sedang melanda dunia terutama di Asia Barat dan Eropah di mana kapitalisme sedang melalui satu era krisis dan kegawatan yang teruk.

Sunday, 4 October 2015

PEMBINAAN PARTI PEKERJA MASIH RELEVEN

Sosialis Alternatif mengutuk pemimpin Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang menjual maruah pekerja untuk kepentingan peribadi dan untuk mendapatkan habuan dengan melutut kepada kemahuan politik liberal dan kapitalisme dengan melepaskan PPM untuk menjadi landasan kepada Parti Amanah.
Ahli dalam Parti Amanah adalah golongan liberal yang keluar daripada PAS akibat kalah dalam pemilihan kepimpinan parti PAS. PAS dengan agenda konservatif sekarang mahu berjinak-jinak dengan UMNO walaupun pada suatu ketika lantang mengutuk UMNO sebagai parti korup, menyelewang wang, gila kuasa, dan sebagainya.

Thursday, 1 October 2015

SANDIWARA JEREBU

PERMAINAN POLITIK UNTUK MENGABURI RAKYAT

Setiap kali Jerebu menyusuk masuk ke Malaysia daripada Indonesia, satu sandiwara akan dipersembahkan kepada rakyat Malaysia seolah-olah untuk menunjukkan kerajaan Malaysia amat prihatin dengan kesihatan rakyat Malaysia. Menteri daripada Malaysia akan berjumpa dengan Menteri di Indonesia, dan seterusnya akan membuat sidang media untuk mengumumkan satu perjanjian sudah dipersetui kononnya untuk meyakinkan kedua-dua kerajaan akan memastikan masalah pencemaran Jerebu tidak muncul lagi. Sandiwara ini sudah berlangsung lebih satu dekad, dan rakyat Malaysia sudah tepu dengan permainan politik dalam sandiwara ini. Yang jelas, permainan politik ini semata-mata untuk menyelematkan pelaku (syarikat-syarikat gergasi perladangan) dan mengkaburi mangsa (rakyat biasa di Malaysia dan Indonesia).

GREECE: RAKYAT TIDAK MENGUNDI MENGUASAI PILIHAN RAYA UMUM


SOSIALIS ALTERNATIF MASSA PERLU DIBINA

Pada 20 September, Syriza telah kembali berkuasa dalam pilihan raya umum dan bersedia untuk berkongsi kuasa lagi dengan sayap kanan Greece Independence. Pemimpin Syriza, Alexis Tsipras, mendakwa beliau mempunyai mandat untuk meneruskan dasar berjimat cermat sebagai balasan kepada perjanjian ‘bailout’ (langkah-langkah menyelematkan pasaran dan sistem ekonomi kapitalis) ketiga dengan Troika (Suruhanjaya Eropah, Bank Pusat Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa). Adakah ini benar?
Andreas Payiatsos, daripada Xekinima (CWI Greece) membincangkan keputusan pilihan raya tersebut, dan tindakan golongan kiri anti-penjimatan (anti-austerity) di Greece.

BERSIH 4.0: OPPOSITION MOUNTING AGAINST NAJIB’S GOVERNMENT !

OVER 200,000 PEOPLE ON PROTEST FOR TWO DAYS

In the wake of the stock market crisis in China and a dip in commodity prices, Malaysia saw a mass gathering in the streets of Kuala Lumpur lasting for two days over the last week-end in August. This is the fourth instalment of the Bersih (Clean) protests that started in 2007 as a democratic movement to reform the parliamentary electoral system, which favours the ruling government coalition Barisan Nasional (BN). In 2007, there were only about 30,000 participants at the gathering but the number has grown on each protest, and this year an estimated 200,000 people turned up wearing yellow t-shirts (the official colour of Bersih).

BERSIH 4.0 : LAWAN KAPITALISME BINA ALTERNATIF !

Lebih 100000 protes di Bersih 4.0. Sosialis Alternatif di Bersih 4.0 dengan slogan: Lawan Kapitalisme Bina Alternatif; Rakyat Perlu Alternatif kepada Skandal, Konflik Politik, Krisis Kewangan; Anak Muda & Kelas Pekerja Bersatulah; Kami 99% Tiada Toleransi Kepada 1% Korupsi.

UNITED KINGDOM: KEMENANGAN JEREMY CORBYN DALAM KEPIMPINAN PARTI BURUH

IDEA-IDEA SOSIALIS MENJADI SEMAKIN POPULAR !

Kemenangan Jeremy Corbyn sebagai pemimpin Parti Buruh England dan ketua pembangkang merupakan kejayaan yang bersejarah bagi perjuangan kelas pekerja Eropah. Jeremy Corbyn merupakan antara 9 ahli parlimen yang berhaluan sosialis di dalam Parti Buruh dimana majoriti daripada wakil rakyat mereka lebih cenderung untuk berjauhan daripada polisi-polisi yang memihak kepada kelas pekerja. Kemenangan Jeremy Corbyn boleh mengembalikan suara bagi organisasi kelas pekerja yang secara tradisinya menjadi kekuatan Parti Buruh. Parti Buruh tidak dipimpin oleh sosialis terutamanya semenjak Tony Blair memimpin parti itu kearah politik yang berpihak kepada pemodal dan kapitalis kaya.
Kemenangan Jeremy Corbyn jelas menunjukkan sokongan rakyat terhadap polisi-polisi yang menentang penjimatan perbelanjaan yang sedang diamalkan oleh kerajaan persekutuan. Konsensus Parti Buruh itu sendiri yang berpegang kepada polisi penjimatan telah dihancurkan dengan kemenangan ini.

SAYA ZAHARA : KELUHAN SEORANG GRADUAN MUDA

Video ucapan seorang graduan kelulusan Undang-undang, Siti Azzahra (dikenali sebagai Zahra) yang menjadi tumpuan di media sosial pada sekitar awal Julai lalu dikatakan telah memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada umum mengenai realiti hidup yang terpaksa dilalui oleh golongan anak muda dan mahasiswa pada hari ini.
Zahra telah bercakap mengenai pelbagai isu dari aspek kehidupan majoriti rakyat biasa seperti isu pendapatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, dan jaringan keselamatan sosial (apabila berhadapan dengan kemalangan atau penyakit). “Realiti orang bekerja rupanya, tidaklah seindah yang disangka. Malah amat menyiksakan”, menurut Zahra, merupakan sebuah kenyataan yang menggambarkan keadaan sebenar bagi kebanyakan golongan yang bekerja, terutamanya bagi anak muda atau graduan yang baru mula bekerja.

DEMOKRASI PEKERJA DITINDAS...APA ALTERNATIF ?

Sistem kapitalisme yang diamalkan oleh negara seperti Malaysia berlandaskan kepada ekonomi pasaran bebas dan pemerintahan yang berlandaskan kepada keperluan dan keuntungan untuk golongan minoriti pemodal (kapitalis). Dalam sistem kapitalisme, segala entiti-entiti kerajaan adalah untuk mengawal rakyat biasa dengan nama ‘demokrasi’ untuk mematuhi undang-undang atau lumrah tertentu untuk menjustifikasikan aktiviti- aktiviti ekonomi kapitalis untuk memaksimumkan keuntungan. Ini yang dirujuk dengan demokrasi ala kapitalis di mana keperluan-keperluan rakyat dan hak-hak asasi akan dicabul dan dianaktirikan dengan sewenang-wenangnya untuk matlamat keuntungan segelintir kapitalis. Penumpuan kekayaan atau keuntungan kepada segelintir kapitalis disokong oleh kerajaan dan tiada penglibatan rakyat biasa untuk menentukan bagaimana kekayaan atau keuntungan tersebut perlu diagihkan untuk memenuhi keperluan-keperluan asas mereka.

INDIA: 150 JUTA PEKERJA MOGOK

PEKERJA MENUNTUT GAJI MINIMUM DAN HAK-HAK BURUH !
Mogok di seluruh India pada 2 September adalah yang terbesar sejak kemerdekaan daripada British.Di sebalik janji-janji besar untuk 'mengembangkan ekonomi', kerajaan sayap kanan BJP di bawah Perdana Menteri, Narendra Modi, dalam tempoh satu tahun pemerintahannya, telah lebih menghancurkan kehidupan warga pekerja di bandar dan juga di luar bandar India.
10 kesatuan sekerja utama mengumumkan mogok untuk menuntut gaji minimum, faedah keselamatan sosial kepada semua, hak-hak kesatuan sekerja, pindaan undang-undang buruh serta isu-isu lain seperti penswastaan sektor awam dan lain-lain isu yang semakin mencengkam kehidupan rakyat biasa dengan polisi kerajaan yang memihak kepada pelabur dan peniaga besar.

NILAI RINGGIT SEMAKIN JATUH...


EKONOMI SEMAKIN TENAT

Nilai ringgit semakin hari semakin menyusut, dan telah melepasi RM4 untuk satu dolar Amerika. Ini merupakan nilai terendah untuk Ringgit dalam 17 tahun, dan ianya terus berada di bawah tekanan yang besar kerana sentimen lemah yang berterusan, menjadikannya mata wang yang paling teruk di Asia. Salah satu sebab adalah penurunan harga minyak mentah di mana Malaysia adalah sebuah negara pengeksport minyak, dan kira-kira 31% daripada pendapatan kerajaan datang daripada sumber-sumber yang berkaitan dengan minyak. Harga komoditi yang lain seperti minyak sawit dan getah juga menurun, dan lebihan perdagangan dan rizab kerajaan semakin berkurangan.

KEBEBASAN MEDIA DAN HAK BERSUARA

KEBEBASAN MEDIA DAN KEBEBASAN BERSUARA ADALAH HAK DEMOKRASI YANG PERLU DIJAMIN !
Sosialis Alternatif membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri dan pihak kerajaan persekutuan yang telah membatalkan permit penerbitan akhbar mingguan the Edge financial daily selama tiga bulan. Kami mengecam pihak berkuasa yang menggunakan langkah-langkah yang tidak adil untuk menyekat kebebasan media dan kebebasan bersuara. Kami juga ingin bersolidariti dengan pekerja-pekerja media yang ditindas dan hilang mata pencarian akibat tindakan yang tidak demokratik oleh kerajaan pemerintah. Pada masa yang sama, kerajaan BN juga sedang menyekat hak rakyat biasa daripada memperolehi maklumat yang bebas dengan alasan ‘ancaman kepada keamanan negara’.

THAILAND: BOMB IN BANGKOK KILLS 20

COUNTRY PLAGUED BY MILITARY JUNTA AND ECONOMIC DOWNTURN
The horrific bombing in Thailand’s capital Bangkok on Monday 17 August killed 20 people. 125 of those injured needed hospital care. While no-one has taken responsibility for the bomb, the explosion can have big repercussions for both the ruling military junta and the country’s struggling economy.

The three kilo bomb caused huge devastation in a crowded street close to the skytrain intersection, Ratchaprasong, and the Hindu shrine, Erawan. It was 7pm and most of those killed and injured were tourists from other Asian countries. The Hindu shrine, in a Buddhist-dominated country, is attractive since it is supposed to be a place for prayers and wishes being made.

Central Bangkok has not experienced any similar bomb attack before. It does not have the trademark of the Muslim/Malay separatists of southern Thailand, who have never attacked Bangkok. The bomb has caused widespread fear and speculation. A second bomb on Tuesday, at another skytrain station close to the river, however, was smaller and did not injure anyone.

The bomb explosion came a week after the military stated its goal to keep power for as long as possible. And, at the same time, the country’s economy has been hit by the devaluations of the Chinese yuan currency. But terrorism is no solution and this attack must be condemned outright for the suffering it has caused to ordinary people. It will change nothing. In fact, it will be used as an excuse for tightening measures that can be used against genuine oppositionists.

SINGAPORE: FORMER PRIME MINISTER LEE KUAN YEW DIES

APOLOGIST FOR NEO-LIBERALISM AND AUTOCRACY

Lee Kuan Yew died at the age of 91 on 23 March. World leaders from Obama in the US to Najib in Malaysia and most of the pro-market media applaud him as a ‘great leader’ who has elevated Singapore to a modern state on a par with the most developed countries. They admire him basically for his three decades (1959-1990) of having absolute power that he used to assist local and international capitalists to reap economic profits. But this was achieved by widespread human rights abuse as well as an anti-working class and anti-socialist agenda.