SOLIDARITI DI ANTARA
WARGA PEKERJA DAN KESATUAN SEKERJA, DAN JUGA DENGAN
GOLONGAN TERTINDAS YANG LAIN SEPERTI ANAK MUDA DAN PELAJAR JUGA PERLU DIBINA
UNTUK MEMPERKUATKAN PERJUANGAN MEMBINA ALTERNATIF KEPADA KAPITALISME.
Pada awal bulan Januari
tahun 2013, kerajaan mengumumkan bahawa gaji minimum akan diamalkan di seluruh
negara, dan memberikan harapan bahawa taraf hidup pekerja akan meningkat dengan
amalan tersebut. Walaupun gaji minimum RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah
dan Sarawak tidak selaras dengan taraf sebenar sara hidup pekerja masa kini,
banyak syarikat yang tidak mengamalkan polisi gaji minimum tersebut dan dengan
sewenang-wenangnya memansuhkan elaun-elaun tertentu yang sebelum ini diterima
oleh pekerja dengan mempergunakan kelemahan kerajaan dalam pelaksanaan polisi
tersebut. Ini menunjukkan seperti biasa keprihatinan
kerajaan hanyalah sehingga pilihan raya selesai, dan seperti kacang lupakan
kulit, hak dan keperluan rakyat terus dipinggirkan.